Erra Fazira kongsi video tiktok bersama anak perempuannya, Sekali ramai warganet yang puji wajah Engku Aleesya serupa ibunya

Umum lagi kita kenali dengan pelakon terkenal Erra Fazira ini. Aksi Engku Aleesya dan Erra Fazira mencuri perhatian peminat. Aksi menari menerusi video TikTok anak kepada Erra Fazira iaitu Engku Aleesya Engku Emran menjadi perhatian netizen yang memuji kecantikan remaja itu. Pasangan anak beranak ini dilihat melakukan trend lagu ‘Kadang Bikin Aku Kesal’ yang semakin popular di platform TikTok. Aleesya dilihat begitu sporting melayan permintaan ibunya dan turut menari bersama-sama.

Ramai memuji kecantikan Aleesya yang mewarisi kejelitaan ibunya

Selanjutnya “Bersama Aleesya, dia layankan sahaja Mom dia,” tulis Erra pada kapsyen video berkenaan. Tidak hanya terhibur dengan aksi Erra dan Aleesya, netizen kagum dengan kecantikan remaja berusia 13 tahun itu yang mewarisi kejelitaan Erra atau Fazira Wan Chik yang juga merupakan bekas Ratu Cantik Malaysia 1992. “Ganti Mummy dia, cantik anak Erra. Makin besar, makin iras ibunya, cantiknya dia. “Copy paste Mommy Erra betul Aleesya ni, cute,” tulis netizen. Engku Aleesya merupakan cahaya mata Erra bersama bekas suami Engku Imran menerusi perkahwinan yang dibina pada 25 Oktober 2007. Namun, rumah tangga pasangan selebriti ini berkahir dengan penceraian pada Februari 2014. Sumber, mstar

Shahir Bakal Dirikan Rumah Tangga, Kini Ini Respon Erra Fazira Dan Siap Tampil Berikan Nasihat. Penyanyi dan pelakon popular, Erra Fazira menitipkan ucapan tahniah buat penyanyi Shahir Zawawi yang bakal mendiri.kan rumah tangga tidak lama lagi. Shahir sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan primadona filem Melayu itu. Erra, 48, ber kata dia turut gembira apabila mendapat tentang perkhabaran itu dan mendoakan agar ikatan per.kahwinan yang bakal dibina Shahir berkekalan hingga ke jannah.

“Alhamdulillah, gembira mendengar perkhabaran tersebut. Apabila mendapat tahu yang dia mahu ber kahwin, saya terus hantar mesej dan mengucapkan tahniah. Dia pun tak sorok dari pada saya. Tambahan pula, saya rasa dia dah sangat bersedia untuk bergelar suami. Jadi, saya berharap agar perkahwinan tersebut bakal menjadi perkahwinan pertama dan terakhir buatnya, dan berkekalan hingga ke jannah,” katanya. Sementara itu ketika ditanya mengenai status terkininya, Erra berkata dia masih solo dan tenang menjalani kehidupan bersama anak tunggal nya, Engku Aleesya.

“Nak mencari jodoh bukannya mudah, tanya diri sendiri perlu ke jodoh… kalau jodoh membuat hidup kita tak tenang, so what’s the point? Setakat ini, saya okay dengan keadaan begini, lebih tenang… saya boleh lebih beri fokus terhadap kerja dan bisnes,” katanya lagi.

Erra sebelum ini pernah mendirikan dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada Oktober 2007 namun disahkan berpisah pada 2014. Hasil perkahwinan, Erra dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya yang kini berusia 13 tahun. Sumber, Media Hiburan