Aiman Hakim Ridza akui Zahirah McWilson seorang yang bijak dan profesional, Ini sebab Aiman selesa berganding dengan isterinya

Siapa tak kenal dengan pelakon kacak ini. Aiman Hakim dan Zahirah McWilson pertama kali digandingkan dalam drama selepas berkahwin. Selepas dua tahun berkahwin, aktor Aiman Hakim Ridza teruja dapat bergandingan dengan isterinya, Zahirah McWilson menerusi drama Tiada Maaf Buatmu. Aiman atau Aiman Hakim Ridza Abdoh, 33, berkata, pengalaman berlakon disamping isteri tersayang tidak sukar sebaliknya menyifatkan Zahirah seorang yang profesional ketika berada di set penggambaran.

Terangnya lagi “Sejujurnya, Zahirah seorang yang profesional dalam kerja kerana sebelum berkahwin saya pernah bergandingan dengannya dalam drama. “Zahirah tahu apa yang dia perlu buat dan seorang yang bijak serta mudah untuk bekerjasama apatah lagi dia mempunyai common sense yang bagus,” katanya kepada mStar.

Aiman senang bekerjasama dengan Zahirah

Aiman berkata demikian menerusi sidang media drama Tiada Maaf Buatmu yang diadakan secara maya baru-baru ini. Selain Zahirah dan Aiman, drama itu turut menampilkan barisan pelakon Hafreez Adam, Wan Raja, Datuk Jalaluddin Hassan dan Zamarul Hisyam. Ia sedang ditayangkan di saluran Astro Ria setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 10 malam. Bercakap mengenai drama berkenaan, Aiman berkata, babak paling mencabar baginya adalah di mana dia perlu menzahirkan wataknya yang seorang kaki mabvk.

Tidak hanya itu, watak Faiz Iqbal yang merupakan anak orang berada dan kaki perempuan bukan semudah disangkakan. “Watak Faiz Iqbal dalam drama Tiada Maaf Bagimu yang dibesarkan dalam serba mewah dan dilimpahi dengan sesuatu yang luar batasan daripada fikiran saya iaitu materialistik.

Aiman memberitahu banyak pengajaran diselitkan menerusi drama Tiada Maaf Buatmu.

Luahnya lagi “Faiz Iqbal juga merupakan seorang kaki mabvk, playboy dan banyak melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral dan jujurnya tidak mudah menjayakan wataknya itu,” katanya. Bagaimanapun kata Aiman, meskipun watak ditampilkan kelihatan ‘klise’ namun sebenarnya ada maksud lebih besar yang cuba digarapkan pengarah iaitu berkaitan gangguan s3ksual.

Aiman berkata, tema dan pengajaran yang diangkat dalam drama tersebut dapat dijadikan pengajaran apatah lagi banyak insid3n serupa dilaporkan sejak kebelakangan ini. Drama arahan Idora Abdul Rahman itu mengisahkan mengisahkan tentang percintaan antara seorang bos dengan pembantu peribadinya yang sebenarnya mempunyai sejarah hitam tidak diketahui. Sumber, mstar