Anak Bob Lokman luah rasa sebak pemergian ayahnya masih diingati, Rupanya keluarga arwah Bob Lokman terima sumbangan

Umum ramai tahu tentang berita sedih baru ini. Anak keempat kepada Allahyarham pelakon dan penulis lirik, Bob Lokman iaitu Ahmad Rayyan, 16, memberitahu ibunya masih mengusahakan perniagaan bubur lambuk dan serunding di Kubang Kerian, Kelantan untuk menampung keluarga. Ahmad Rayyan berkata, arwah bapanya pernah berpesan supaya meneruskan legasi perniagaan itu seperti yang dilakukan ketika hayat Allahyarham.

Katanya “Sejak pemergian Allahyarham, kami sekeluarga ada mengalami fasa naik turun. Tapi Alhamdulillah kehidupan masih berjalan lancar. “Ibu bersama abang kedua kini menjalankan perniagaan mengambil tempahan bubur lambuk dan serunding. Perniagaan ini ayah dah buat dulu, kami hanya sambung. “Keadaan mak pula sekarang semakin baik walaupun masih bersedih tapi dia sudah reda dengan pemergian ayah,” katanya.

Ahmad Rayyan ditemui pada Majlis Malam Selebriti & Anak Seni bersama Pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan di Hotel Le Meridien, malam tadi. Pada majlis itu, Ahmad Rayyan mewakili keluarganya menerima sumbangan daripada kerajaan Negeri Kelantan sebanyak RM5,000. Bersyukur dengan sumbangan itu, Ahmad Rayyan berkata mereka terharu arwah bapanya masih diingati sehingga hari ini.

Luahnya lagi “Saya rasa terharu dan terkejut sebab kami ingatkan selepas ayah kami pergi menghadap ilahi, semuanya akan senyap, tiada orang lagi nak sebut mengenai dia. Tapi tiba-tiba ada sumbangan ini. “Terima kasih banyak kepada kerajaan negeri Kelantan atas sumbangan ini,” katanya. Pada majlis sama pihak kerajaan negeri turut memberi sumbangan kepada Persatuan Seniman dan Artis Veteran Malaysia masing-masing sebanyak RM15,000. Majlis berkenaan dihadiri oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob serta exco negeri.

Terdahulu, Bob Lokman atau nama sebenarnya, Mohd Hakim Lokman, 58, pergi menghadap ilahi di Kubang Kerian akibat komplikasi jantung pada 23 September lalu. Bob yang juga penulis lirik lagu Isabella dan Taman Rashidah Utama itu meninggalkan seorang balu, Relawati Daud dan lapan anak (sorang pergi menghadap ilahi). Sumber, harian metro