Minta doa dari orang ramai, Kini bapa Sissy Iman dedah sesuatu selepas anak terpaksa ditidurkan

Penyanyi dan pengacara, Sissy Imann memaklumkan bakal menjalani satu prosedur kesihatan yang memerlukannya terpaksa ditidurkan buat seketika. Sissy, 27, dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instagram, hari ini turut memohon semua pihak untuk mendoakan urusannya dipermudahkan dan tidak bertanya lanjut keluarganya mengenai perkara itu. Hari ini adalah hari yang penting buat saya. Saya bakal menjalani satu prosedur di mana saya akan ditidurkan buat seketika.

“Saya amat menghargai jasa baik semua untuk tidak bertanya lanjut keluarga saya mengenai perkara ini. Terima kasih kerana memahami,” tulisnya dalam hantaran tersebut. Dalam hantaran sama, penyanyi Mungkin Kamu itu turut memohon ampun dan maaf atas keterlanjuran kata serta perbuatannya yang pernah menyakiti hati sesiapa. “Semoga Allah merahmati anda semua. Jumpa lagi, insya-Allah,” katanya. Sissy bagaimanapun, tidak memperincikan butiran p.rosedur yang bakal dijalaninya itu. Menjengah ke ruangan komen, rakan selebriti seperti Shiha Zikir, Sherry Al Hadad, Marsha Milan Londoh, Uyaina Arshad dan Sharifah Shahirah serta peminat menitipkan kata semangat, selain mendoakan kesejahterannya.

Bapa Beritahu Keadaan Terkini

Bapa kepada penyanyi Sissy Iman iaitu Aliff Mohammad Kamil menulis coretan indah buat anaknya itu menerusi sebuah hantaran terkini yang dikongsikan di Instagram, awal hari ini. Berkongsi situasi sewaktu proses kelahiran Sissy atau nama sebenarnya, Sissy Imann Mohammad Kamil, Aliff turut mendoakan agar urusannya dipermudahkan.

Sissy menerusi platform sama menjelaskan dia terpaksa ditidurkan bagi menjalani prosedur kesihatan. Bagaimanapun butiran terperinci mengenainya tidak dikongsikan. “Kelahirannya aku tunggu dengan penuh harapan. Waktu tu aku kecewa tapi dalam masa yang sama aku redho. Doktor 98 peratus kandungan Puan adalah lelaki selepas scan. Aku, Kenapa tak 100 peratus , doc? Selebihnya, up to God Doktor India. Nak sangat yang kali ini girl. Kehadirannya memanglah banyak dugaan,” tulisnya.

Aliff pada masa sama turut berkongsi keadaan anak perempuannya itu ketika proses kelahiran. ” Dengan keadaan kandungan songsang, lipat dua, delay 18 hari pulak tu. Pintu dah buka 2cm tapi masih tak e.nggage, to comfyinside, rasanyalah. Saiz besar, berat 3.8kg. Ambil masa untuk menangis. Aku, apa option kami? Doktor, Dah due, leh je ikut tingkap doktor berseloroh. Aku, I want your personal advice instead of your professional advice. Doktor, God knows when it ripe. But still you have your own choice because your baby is already due. Aku decided second option, normal delivery. Bonda, Ikut abanglah. Dia jenis wife yg akur kata suami. Dia tau, I want best of her and baby. Dia memang steady. “Aku, Boy or Girl, Doc? Doktor, U discover it yrslf. Tq Allah. Girl! Akhirnya, lahirlah dia, Sissy Imann Cynta Hartie. Azan aku di telinganya lain macam pula bunyinya. Mendayu semacam. Syukurnya tak terkata,” coretnya.

Atas keadaan terkini, Aliff turut menitipkan doa buat anak tersayang. “Tapi hari ni dia kat sini, di bilik tu. Sekali lagi aku kena tunggu luar dengan penuh harapan. Lata khaf wala tahzan, Innallahama ana. Moga dipermudahkan segalanya dan lancar, InsyaAllah. Ayahanda tahu, kakak strong. Everything gonna be ok. Semua sayang kakak. Ayahanda sayang kakak,” tulisnya lagi. Menerusi Insta Stories, dia mendoakan yang baik-baik. Kredit, Kosmo/MH, Sumber, Online Malaya