Bella Astillah tampil kongsi gambar di majlis ilmu Neelofa buat ramai puji

Memang tak asing lagi kita dengan wanita ini. Dayang Nabellah  Awang Astillah atau lebih dikenali sebagai Bella merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Beliau ialah isteri kepada penyanyi Aliff Aziz yang dikahwininya pada 2016. Bella memuatnaik beberapa keping gambar bersama rakan-rakan artisnya dalam sebuah majlis ilmu di laman sosial instagramnya. Bella mengenakan pakaian serba putih dan terlihat anggun ketika di majlis tersebut.

“Sentiasa Tunjukkan Kebaikan”

Menurut Bella, kita haruslah sentiasa mempamerkan sesuatu kebaikan walaupun tidak berbuat demikian. Dia juga mengingatkan kepada semua, untuk setiap perkara yang dilakukan hendaklah dilakukan semat-mata kerana Allah kerana semua pahala terletak pada Allah S.W.T. Sentiasa tunjukkan kebaikan, walaupun anda tidak perlu berbuat demikian, walaupun mereka tidak layak menerimanya. Pahala anda terletak pada Allah s.w.t. Lakukan semata-mata kerana Dia. Insya Allah- tulisnya.

Bella juga mengucapkan terima kasih kepada Neelofa kerana telah menjemputnya ke majlis ilmu dan mendoakan Neelofa sekeluarga. Thank you @neelofa @kasihneelofa for having me. Syukur Alhamdulillah. Semoga Lofa dan keluarga sentiasa dirahmati-Nya dan dilimpahkan lagi rezeki inshaAllah..

“Ini Patut Kita Banggakan Dan Contohi”

Menjengah keruangan posting tersebut, ramai yang memuji artis yang kini lebih menjaga aurat dan menghadiri majlis ilmu. Ada juga yang mengtakan perbuatan seperti ini yang harus dibanggakan dan juga dicontohi masyarakat dan peminat. Ini patut kita banggakan dan contohi. Alhamdulillah.. perkara yang baik hebah-hebahkan . Ramai juga yang memuji mereka kelihatan cantik dan manis ketika berpakaian yang menutup aurat.

Antara komen warganet MasyaAllah cantik sungguh ciptaan Allah. Smoga sentiasa dijalan Allah semuaaa cantikkk . Assalamualaikum wanita cantik-cantik dan manis di sana Sekadar info, Pada akhir 2016, selepas berkenalan selama dua tahun serta bertunang hampir 9 bulan, Bella dan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz melangsungkan perkahwinannya secara rasmi dan mengadakan majlis resepsi yang dihadiri oleh 1,000 tetamu di Top Glove, Shah Alam, Selangor. Hasil perkongsian hidupnya dengan Aliff, beliau dikurniakan sepasang anak, Mohamed Ayden Adrean dan Ara Adreanna. Sumber, murai