Umum memang semua tahu tentang isu ini. Mydin sedia kerjasama dengan Caprice. Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Dr. Ameer Ali Mydin berharap Caprice tidak terasa hati dengan pengendali laman sosial pasar raya berkenaan berhubung tweet yang dikatakan berunsur penghinaan. Menurut Ameer, status ditulis pengendali Twitter rasmi Mydin itu sama sekali tidak mengaitkan nama penyanyi berkenaan dan hanya menulis berdasarkan isu semasa. “Apa yang kita buat itu tiada kena mengena sesiapa, kita tak hashtag dia… tidak pakai nama dia pun tapi mungkin dia terasa.
Caprice terasa dengan ciapan Twitter laman Rasmi Mydin
Katanya lagi “Dalam Twitter ini kadang kala bergurau senda, biasalah budak-budak (pekerja) saya main (tulis) apa yang trending. Jadi apa ditulis tidak perlu diambil hati,” katanya ketika dihubungi mStar. Dalam pada itu, dia juga menyatakan pihak Caprice masih lagi belum menghantar apa-apa dokumen mengenai isu ini. “Dia pun belum menghantar apa-apa. Kami bukan bergaduh, niat kita dua-dua baik nak bantu orang. Jangan ada ego atau marah pada sesiapa,” katanya lagi.
Sementara itu, Ameer turut meluahkan hasrat mahu berkerjasama dengan penyanyi rap berkenaan memandangkan masing-masing mempunyai tujuan yang sama iaitu ingin membantu mereka yang kurang berkemampuan. “Kami berterima kasih dengan Caprice sebab dia banyak beli barang dekat Mydin dan dia buat kerja kebajikan, jadi saya juga akan menawarkan 1 kilogram paket gula untuk Caprice bantu setiap golongan yang memerlukan.
Caprice tuntut permohonan maaf dari pihak Mydin
Luahnya lagi “Kalau boleh kita nak bekerjasama untuk kerja amal… pada saya ini satu kerja yang baik, daripada kita tweet sana-sini baik kita bekerjasama. Niat dia pun baik, nak tolong B40 sama dengan niat, kita baik bergabung,” tambahnya. Sebelum ini, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli menyuarakan hasrat untuk menyaman pihak Mydin selepas memuat naik satu kenyataan yang dikatakan berunsur sindiran yang berbunyi; “Mula-mula ingat nak beli tea je, sekali terbeli cap dengan rice”. Sumber, mstar