Nekad untuk lupakan cerita lama, kali ni Chef Wan muat naik gambar dah berbaik dengan bekas menantu

Cef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Cef Wan kini telah berdamai dengan bekas menantunya, Shikin Maembong. Perkara itu di maklumkan Cef Wan menerusi satu hantaran di Instagram miliknya. Menurut Cef Wan, dia dan Shikin telah mengambil keputusan untuk melupakan persengketaan dan menjalani kehidupan yang lebih baik. “Sungguh manis melihat kedua-dua cucu perempuan saya berbaju kurung dan kebaya. “Air dicincang tidak akan putus kata orang tua-tua. Sebagai orang dewasa, kedua-dua kami turut melakukan kesilapan. “Jadi, kami mengambil keputusan untuk melupakan segala yang berlaku. Memaafkan diantara satu sama lain,” tulisnya. Coret Cef Wan lagi, sebagai orang dewasa mereka berdua juga tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. “Belajar daripada kesilapan kami dan berubah ke arah kehidupan yang lebih bahagia. Nak simpan marah, membenci dan berdendam pun tak kan ke mana.

“Sebagai seorang datuk, saya akan sentiasa ada dan cuba melakukan yang terbaik buat cucu-cucu, menantu mahupun bekas menantu. Itu janji saya. Insya-Allah. Alhamdulillah” coretnya. Perkongsian itu juga turut mendapat perhatian pelakon cantik, Fazura yang tinggalkan emoji tanda hati di ruangan komen sebagai tanda sokongan. Terdahulu, salebriti terkenal  Datuk Chef Wan  telah berlaku satu kontroversi apabila dia telah menegur bekas menantu, Shikin Maembong berhubung hal membabitkan cucunya mengundang padah apabila dia bakal disaman sebanyak RM1 juta. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber, Gempak

Ini pengajaran untuk semua – Chef Wan. Chef Wan, 63, lega akhirnya kebenaran mengenai perkahwinan anaknya yang juga pelakon, Serina Redzuawan dengan anggota polis Meor Mohammad Aidid akhirnya terbongkar satu-persatu. Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail berkata, benarlah tindakan terdahulunya untuk menyiasat apa yang patut sebelum perkahwinan itu dilangsungkan. “Akhirnya bekas isteri suaminya membuka mulut memberitahu kebenaran. Itulah sejak awal saya nasihat jangan bermain api depan-depan dia di rumah saya. Lama-kelamaan saya akan dapat tahu juga. “Mereka lupa bahawa orang bijak akhirnya akan ketawa terhadap mereka yang suka main drama. Itu sebab Allah suruh jadi bapa dan ibu kena bertanggung jawab mengenai anak kita. Biarpun buat silap, tetap kita mengaku silap!

“Ini pengajaran untuk semua. Tak perlu aibkan keluarga bapa mereka sedangkan saya mangsanya di sini, dimakkan orang. Ya, saya memang cakap kasar, buat orang yang layak menerimanya,” katanya. Chef Wan juga menasihatkan supaya orang luar tidak perlu pandai-pandai membuat cerita sekiranya tak tahu langsung pokok pangkal kebenaran. “Mengagumkan apabila ramai di luar sana hanya pandai berkata-kata. Tak kena batang hidung anak masing-masing senanglah cakap! Padahal banyak kali kita dengar cerita begini berulang mengenai seorang lelaki nak kahwin isteri kedua atau ketiga. Ceritanya sama saja, penipuan dan akhirnya memalukan ibu bapa,” katanya. Semalam, bekas isteri Aidid iaitu Nur Hamizah Shaffee, 34, mendedahkan perkahwinan pasangan itu berlangsung sewaktu Aidid masih bergelar suaminya selain tidak menyalahkan kenyataan dibuat Chef Wan.

Hari ini, Aidid mengaku sedang disiasat Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Perlis berhubung isu permohonan bernikah kali kedua dengan Serina selepas Nur Hamizah membuat laporan polis dia dimadukan tanpa kebenaran. Kontroversi itu tercetus apabila Chef Wan mendakwa beliau terluka dan kecewa dengan tindakan Serina membelakangkannya apabila melangsungkan pernikahan dengan Aidid. Sebelum ini, Serina pernah mendirikan rumah tangga dengan Salahudin Ghafar pada 1 Januari 2010. Bagaimanapun, mereka berpisah talak satu di Mahkamah Rendah Daerah Petaling pada 1 Ogos 2017 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga. Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Tristan Tareef, 11, dan Isabella Saffiya, 10.