Drama popular lakonan Aniq Suhair dan Siti Khadijah cecah 3 juta tontonan, Tak sia sia ganti tempat Idris Khan dan Amelia Henderson

Memang tak asing lagi kita dengan drama popular ini. Bukan kali pertama bekerjasama di dalam sesebuah projek, keserasian Aniq Suhair dan Siti Khadijah Halim terserlah apabila digandingkan sebagai watak utama drama bersiri popular Sekali Lagi Cinta Kembali. Gandingan serasi mereka telah menunjukkan keputusan mantap apabila berjaya meraih sambutan hangat dengan capaian tertinggi sebanyak 3.8 juta penonton menerusi slot Akasia TV3. Drama ini juga berjaya meraih 559.7 juta tontonan di laman sosial Tiktok dan capaian 476 juta di media sosial sepanjang bersiaran.

Mengantikan Watak Asal Lakonan

Walaupun telah diberi tanggungjawab menggalas watak asal lakonan Idris Khan dan Amelia Henderson dengan masa persediaan yang singkat, Aniq Suhair dan Siti Khadijah telah menghidupkan watak mereka dengan cukup hebat. Penonton juga telah menularkan tanda pagar #HayRa dan #SepanjangHayyatAira di laman media sosial yang menggabungkan nama watak Hayyat dan Aira sebagai tanda setuju mereka.

Penonton Setuju Gandingan Barisan Pelakon

Sejak menghiasi slot Akasia TV3 pada 13 September 2022, penonton setia telah menyuarakan pendapat bahawa gandingan Aniq Suhair dan Siti Khadijah Halim adalah pilihan tepat oleh pengarah Riza Baharudin dan pihak produksi A. Aida Production. Nantikan drama Sekali Lagi Cinta Kembali yang bersiaran sehingga 20 Oktober 2022 di slot Akasia setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam di TV3 dan turut ditayangkan melalui perkhidmatan penstriman iQIYI pada hari yang sama. Sumber, murai

Sampai Ada Yang Cakap Siti Khadijah Burukkan Anna Jobling, Sekali Ini Respon Berani Siti Khadijah. Siapa tak kenal dengan pelakon baru cantik ini. Luahnya tiada niat mencetuskan perbalahan jauh sekali memburuk-burukkan regu lakonan. Itu penjelasan aktres me­ningkat naik, Siti Khadijah Halim yang tampil memohon maaf kepada dua pelakon Anna Jobling dan Meerqeen atas salah faham yang timbul susulan penulisannya dalam sebuah hantaran Instagram baru-baru ini. “Namun, sekiranya ada pihak yang terkesan termasuk­lah peminat Anna dan Meerqeen, saya mohon maaf,” katanya kepada Kosmo! semalam

Tambah pelakon yang sedang popular menerusi drama Sekali Lagi Cinta Kembali, istilah cemburu apatah lagi niat ingin bermasam muka sesama rakan industri tidak wujud dalam kamus hidupnya. “Mereka adalah kawan dan bukan lawan saya. Saya pun masih baru dalam industri dan tidak pernah tercetus pun istilah cemburu apatah lagi ingin bergaduh. “Ini platform cari makan saya, jadi tiada niat pun nak mencari musuh dengan pelakon lain,” katanya lagi.

Tegas pelakon asal Kuala Lumpur itu, penulisan kapsyen tersebut bukan ingin mencetuskan sebarang kontroversi, jauh sekali provokasi terhadap orang lain. “Mungkin silap saya sebab menulis sesuatu yang buat orang salah faham sehingga menjurus ke aras lain. Jika boleh undurkan masa, memang saya tak akan muat naik kap­syen tersebut,” ujarnya.

Anna atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman sebelum ini menyedari perdebatan hangat warganet berhubung sikap seorang artis yang memburuk-burukkan namanya dalam media sosial. Tidak lama kemudian, tular tangkap layar hantaran Instagram milik Siti Khadijah yang didakwa meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pelakon yang bergandingan dengannya dalam sebuah drama. Sumber, kosmo