Siapa tak kenal dengan wanita ini. Perk0ngsian vide0 pendek daripada hos Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Elly Mazlein di Instagram yang merakamkan kaletah anak keduanya, Haider Mateen baru-baru ini mencuri perhatian warganet. Bagaimanapun, vide0 tersebut tidak pula mendedahkan wajah anak lelakinya itu hingga ada yang memberikan reaksi pada ruangan komen. Ada yang menyamakan tindakan penyanyi lagu Dusta Cinta itu sama dengan selebriti terkenal Neelofa yang belum bersedia berkongsi wajah penuh anak sebelum ini. “Kawan Bilal Ni. Moga membesar dengan sihat ya,” k0men yang tertera. Menerusi hantaran sama, ada peminat menyifatkan ia hak Elly sebagai ibu selain menjelaskan artis berkenaan sudah pun berkongsikan wajah Haider di MeleT0P.
Haider bakal berusia setahun tidak lama lagi.
Kata mereka lagi “Hak dia la nak tunjuk muka ke d0k yang komen-komen cam Bilal ni pung, doa yang baik-baik udah,” tulis peminat. “Tak hairan la dari anak 1st dia memang gini. Plus tak tampaltampal sticker laa cuma ambil sipi. Certain event je dia bagi, pastu sipi sipi balik. 0k jur,” reaksi peminat. “Kak Kepom memang dari anak 1st dia tutup muka. Tak hairan dah,” jelas peminat.
Komen peminat lagi “Pernah tengok dah kedua-dua anaknya. Haider tu siap tunjuk dekat Melet0p tapi kak Lina memang dia camtu. Sekali tu je dia tunjuk, peminat yang terlepas tengok tu bertabahlah,” tulis peminat lain pula. Sekadar info, Elly sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pengarah Azmi Hatta namun berpisah pada tahun 2015. Dia kemudiannya kembali bertemu jodoh pada 2020 bersama seorang guru, Mohammad Azlan Che N0h. Sumber, awatttsyeikhh
Elly Mazlein Ucap Salam Takziah Buat Nabil Selepas Kehilangan Insan Tersayang, Kini Kak Lina Tampil Jawab Persoalan Hos Gantian GV9. Bintang versatil, Elly Mazlein mengucapkan salam takziah buat rakan hosnya di GegarVaganza musim kesembilan (GV9), Nabil Ahmad atas kehilangan bapa Ahmad Haji Ismail kira kira jam 2.00 petang pada 7 Oktober 2022 akibat kompilkasi jntung. Elly ketika dihubungi berkata, dia mendapat tahu mengenai berita menduka citakan itu menerusi hantaran yang dibuat rakan artis, Sharifah Shahirah menerusi Instagram.
“Al Fatihah dan salam takziah buat Haji Nabil seisi keluarga. Saya dapat tahu apabila melihat ‘posting’ dari pada Sharifah Shahirah. Saya ada kirimkan ucapan menerusi Whatsapp dan dia ada membalasnya. Apa pun, saya faham dengan situasi sukar yang dilalui Nabil ketika ini. Semoga semua urusan dipermudahkan. Tiada apa yang saya harapkan selain mendoakan yang baik-baik buat Nabil dan keluarga. Moga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan golongan beriman. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat yang telah tiada,” katanya.
Ulas Kemungkinan Hos Gantian GV9
Elly kini berada di lokasi penggambaran drama Kampung People 3 di Nilai, Negeri Sembilan. Mengulas kemungkinan akan ada hos gantian bagi menggantikan Nabil Ahmad pada konsert GV9 minggu keempat Ahad ini, Elly belum dapat kepastian mengenainya.
“Berkenaan perkara itu, saya tidak dapat nak pastikan kerana belum mendapat apa-apa makluman daripada pihak produksi. Saya memahami situasi dan jujurnya terbuka untuk bergandingan sesiapa saja sekiranya Nabil tidak dapat bersama kita. Asalkan rakan hos sama-sama membantu beri kerjasama bagi melancarkan perjalanan program hingga ke akhirnya. Saya okay sahaja. Cuma, saya pun tak pasti akan ada (Ahad ini) atau tidak. Apa-apa pun, kita tunggu nanti,” katanya lagi. Sumber, Awattsyeikh.com