Elly Mazlein nak kanenkan ayah dia dengan ibu Nabil, sekali ini pula respon Nabil buat ramai yang terhibur

Pelakon wanita Elly Mazlein atau lebih dikenali sebagai Lina Pompom merupakan pengacara tetap untuk rancangan Gegar Vaganza Musim 9. Ibu kepada duaorang anak ini digandingkan bersama Nabil Ahmad yang merupakan pelawak dan penyampai radio Era. Gelagat mereka ketika mengacara GV musim 9 semalam, telah menghiburkan para penonton dan juga penyokong di Gegar vaganza. Apa yang lebih menghiburkan ketika mereka cuba untuk kenen-kenenkan ibu dan ayah mereka. Menerusi video tiktok milik @harrizaishiteru, Elly mengatakan ketika Nabil membicarakan soal ibu tunggal, dia juga memberitahu ayahnya juga berstatus ayah tunggal. Sempat dia bergurau untuk kenen-kenenkan ibu bapa mereka dan mereka boleh menjadi adik beradik. Klik sini untuk lihat video.

bila Haji Nabil cakap pasal ibu tunggal, abah kepom pun ayah tunggal. Jadi kita boleh kenen-kenenkan. Boleh jadi adik beradik.- kata Elly kepada Nabil. Namun, Nabil tidak bersetuju dengan cadangan yang diberikan. Katanya, walaupun mereka hanya jumpa seminggu sekali, itu sudah cukup memeningkannya dengan perangai Elly inikan pula nak jadi adik beradik. seminggu sekali jumpa pun dah pening macam ni. nak kita jadi adik beradik. Tak boleh, tak boleh. Nanti jadi masalah faraid- jawab Nabil. Menjengah ke ruangan komen tktok, ramai warganet yang terhibur dengan gelagat mereka. Ada juga yang mengatakan bahawa gandingan mereka berdua sebagai pengacara sangat serasi. Memang best 2 orang ni kelakar je, paling best time ada lagu ada lagi, yang nak tersingkir pun tak sedih jadi kelakar pula. Bagus kak lina ni bagi semangat kat peserta.

Nabil dan lina pompom ni memang serasi, suka tengok diorang jadi pengacara. Kami tertarik dengan satu komen yang mana mengatakan walaupun mereka membincangkan topik yang tiada kaitan dengan Gegar Vaganza, tetapi masih lagi lawak dan mengiburkan para penonton. Sekadar info, setelah 5 tahun menyendiri, Elly telah bertemu dengan pilihan hatinya, Mohamad Azlan Che Nuh, seorang pendidik mengajar subjek Geografi dan juga 10 tahun lebih muda daripada Elly. Pada 18 Januari 2020, mereka mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga dan kini dikurniakan dua orang anak iaitu Puteri Sara Sefhia dan Haider Mateen. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.