Rozita Che Wan sponsor percutian anak keluar negara dan yuran sukan golf profesional sempena anak habis belajar

Umum semua kenali dengan wanita glamor ini. Baru-baru ini, pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta melahirkan rasa gembira selepas dua anak bujangnya, Aniq Ezra dan Ammar Effendy berjaya menamatkan pengajian dalam bidang pengajian masing-masing. Menerusi kemas kini di Instagram, terpancar rasa bangga dalam diri Che Ta, selain melahirkan rasa syukur melihat kejayaan anak-anak yang disayangi. Justeru, tidak hairan jika Che Ta turut mengeluarkan sedikit ‘belanja’ dan memberikan anak-anaknya hadiah sempena kejayaan yang ditempa.

Katanya lagi “Untuk Aniq, lepas dia grad, saya bagi dia trip pergi Australia. Dia melancong ke Sydney dan Melbourne. Pagi tadi (semalam) baru sampai balik ke Kuala Lumpur selepas dua minggu berada di sana. “Untuk Ammar pula, saya bayarkan dia yuran untuk sukan golf profesional. Dia kata ok, saya pun ok sahaja. Lagipun dia memang suka sangat main golf,” katanya kepada Gempak. Dalam pada itu, Che Ta berkata, hadiah kepada anak-anaknya selari dengan usaha yang ditunjukkan selama ini.

Luahnya lagi “Sebabnya dia, of course bila mereka dah belajar, daripada tingkatan 1, masuk MRSM, kemudian ke KYS pula dan seterusnya Taylor’s University. kira hadiahlah untuk kerja keras mereka. “Aniq insya-Allah akan sambung belajar, kalau tak salah salah dalam jurusan Economic Banking. Tapi Ammar tak dengar pula dia akan sambung sebab dia tengah suka main golf, sehinggakan dia sudah pun bergelar duta untuk jenama Guilty bagi sukan tersebut,” katanya menutup perbualan. Sumber, gempak

Sedar Diri Dah Berumur, Che Ta Dedah Amalkan Surah Yassin Untuk Elakkan Perkara Ni. PELAKON Rozita Che Wan berlapang daada menerima kenyataan bahawa usianya kini sudah menghampiri separuh abad apabila ada netizen mengatakan wajahnya berkedut dan kelihatan tua. Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta, 49, berkata, apa dikatakan oleh warganet itu adalah realiti dan dia sendiri mengakuinya. “Orang kata saya tua… Ya saya memang sudah tua! Tiada masalah mengenai perkara itu kerana meskipun sudah berusia tetapi saya masih mampu untuk bekerja dan menguruskan banyak perkara. “Berkedut itu memang ada dan pada saya golongan muda juga ada kedutan di wajah tetapi sehingga sekarang saya masih tiada uban,” katanya. Dalam pada itu, Che Ta memberitahu dia tidak kisah dengan penuaan kerana itu adalah perkara biasa dan lumrah sebagai manusia tetapi apa lebih penting kesihatannya sentiasa berada dalam keadaan baik.

Bagaimanapun aktres itu mengakui bimbang jika suatu hari nanti dia menjadi nyanyuk dan disebabkan itu juga dia sering mengamalkan membaca surah Yasin setiap kali selepas solat Subuh. “Saya pilih untuk tua dalam keadaan sihat berbanding cantik tetapi sakit. Apa yang saya takutkan adalah menjadi nyanyuk tetapi Insya Allah perkara itu boleh diatasi sekiranya kita mengamalkan bacaan surah Yasin setiap kali selepas solat Subuh,” katanya. Che Ta menaruh harapan untuk mengenakan stoking tangan dan kaki bagi menyempurkan menutup aurat. “Namun saya seorang yang sukakan minuman manis dan di rumah selalunya akan ada air sirap atau sirap bandung. Saya memang tak boleh minum air putih sebab akan rasa macam tiada selera,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai usia, Che Ta turut meluahkan hasrat untuk menutup aurat dengan lebih baik kerana ketika ini ia masih belum sempurna. Che Ta menjelaskan ia bukan sahaja bagi memenuhi permintaan suami tetapi ia sesuatu yang turut menjadi keinginannya dalam memastikan aurat ditutup dengan baik. “Apabila sudah berusia ini, saya ingin menutup aurat dengan lebih baik. Ya, memang sekarang sudah tutup aurat tetapi belum lengkap. “Kalau boleh saya nak pakai stoking tangan dan kaki kerana dua benda itu memang saya nak buat. Bila kita asyik kejar dunia, lambat la hendak sampai ke akhirat,” katanya. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber, mstar