Fadlan Hazim tahu niat dan tujuan dirinya muat naik sesuatu di media sosial, Fadlan akan lebih peka tentang aurat selepas ini

Umum memang kita kenali dengan pelakon lelaki kacak ini. Pelakon lelaki Fadlan Hazim atau nama sebenar Fadlan Hazim bin Anuwar  dan juga merupakan salah seorang bekas ahli kumpulan VIP yang berada dibawah naungan KRU Talents. Sebelum ini pernah menjadi bualan hangat para warganet mengenai posting ‘tayang badan’ di laman sosial instagramnya. Ada juga yang mengatakan bahawa isu tayang badan sekarang telah menjadi satu trend buat para artis lelaki yang kacak dan sado di media sosial.

“Cuma Nak Motivate Semua Followers” 

Murai My telah menemu ramah Fadlan bagi berkongsi pandangan dan juga pendapat mengenai isu tayang badan. Katanya, setiap benda yang dilakukan semestinya mempunyai niat dan tujuan yang tersendiri. Niatnya ketika berkongsi gambar tayang badan hanyalah untuk memberi motivasi kepada orang terutama peminatnya. Sebenarnya benda tu terpulang kepada apa tujuan diorang tayang badan. Macam saya fikir saya tayang badan untuk ‘just tayang badan’. That all. Cuma nak try motivate orang especially my followers dengan peminat yang kita harus menjalani hidup sihat.- jawab Fadlan

Menurut Fadlan, dia tidak akan menayangkan badan secara berlebih-lebihan dan terlampau terbuka. Dia juga mengatakan dia akan mencuba untuk mengelakkan dari memuat naik gambar yang menayangkan auratnya. Tegasnya lagi, niatnya hanyalah untuk mempamerkan gaya hidup sihat sahaja. Tapi hobi asalkan benda itu tidak melebih-lebih, terlampau terbuka , tak masalah. cuma saya akan mengalakkanlah dari tunjukkan banyak-banyak which is aurat pusat dan kebawah. Tapi tujuan saya hanyalah untuk mempamerkan gaya hidup sihat. Itu sahaja.

“Saya Patut Hormatlah”

Fadlan akui tentang kesilapan yang telah dilakukannya dan menyedari kesilapan itu. Dia juga mengatakan, dia jarang berkongsikan gambar yang agak menunjukkan tubuh badan di media sosial miliknya setelah apa yang berlaku. Dia hormat hak semua orang untuk menerima atau tidak perkongsiannya itu.

Sometimes benda tu sensetif. Saya ada salah saya juga sebelum ini. Daripada kesilapan itu, kalau korang boleh tengok saya dah jarang kongsi gambar yang agak menunjukkan tubuh badan. Maknanya,,saya dah sedar, saya tak sepatutnya share dan saya patut hormatlah. Tak semua orang boleh terima. Jadi saya respect lah diorang- Kata Fadlan kepada media. Fadlan Hazim  ditemui ketika pelancaran drama terbaru “Ijab Kabut” yang kini sudah ditayangkan Viu bermula Khamis 13 Oktober 2022. Drama ini juga turut dibintang oleh Azira Shafinaz dan Iedil Dzuhrie Alaudin. Sumber, murai