Sampai menangis di live Tiktok, sekali Fatin Afeefa dedah nak berhenti berlakon gara gara satu sebab ini

Sebentar tadi, pelakon Fatin Afeefa telah membuat satu lagi pendedahan menerusi satu sesi ‘live’ di akaun TikTok miliknya mengenai isu melibatkan bekas suaminya iaitu Adam Shahz.

Umum akan berhenti berlakon & menyanyi

Menerusi live TikTok itu, Fatin Afeefa yang tidak mampu menahan sebak mengeluarkan air mata selepas mengakui tidak tahan dengan pelbagai spekulasi yang melanda dirinya walaupun telah berdiam diri selama ini. Bukan itu saja, Fatin Afeefa turut mengumumkan bahawa dia akan berhenti melibatkan diri dalam dunia seni kerana tidak mahu anak-anaknya terganggu dengan kontroversi yang melanda. “Saya dah tak nak hidup macam ni. Saya dah berhenti berlakon. Menyanyi pun dah tak ada. Saya dah 10 bulan tak berlakon mana-mana” katanya.

‘Bagi lah fame ni semua kat dia’

Tambah pelakon Tentang Bulan ini, dia berharap agar bekas suaminya akan lebih bahagia selepas segala tohmahan dan tdvhan yang dilemparkan kepada dirinya dan anak-anak. Bagi lah fame ni semua kat dia. Kalau dia bahagia macam ni, ambil lah. Saya selama ni tak pernah bagi kenyataan apa-apa. Tapi dia? Ujarnya lagi, dia hanya akan fokus kepada kebajikan anak-anaknya dan bisnes miliknya yang sedang diusahakannya ketika ini. Malah, menegaskan bahawa dia akan sentiasa kuat demi kedua-dua cahaya matanya. Sumber: TikTok @fatinafeefa8

Bekas suami tampil dedahkan kisah lama, sekali ini yang Fatin Afeefa balas buat ramai terkedu

Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila pelakon Fatin Afeefa seolah b.3rang dengan tindakan bekas suaminya, Adam Shahz yang didkwa membuka kisah pisah mereka dan pemberian nafkah anak-anak. Fatin dilihat ada memuat naik satu paparan komen yang ditinggalkan pada satu posting TkTok bekas suaminya.

Menerusi entri itu, Fatin menafikan dkwaan ditulis bekas suaminya itu serta menyifatkan ianya sebagai ftnah. Fatin turut mendedahkan, bekas suaminya itu tidak memberi nafkah pada anak-anak mereka selama 4 tahun.

“Just in case tak jumpa comment I dekat video sebelah, this is my reply. Dah la menipu, ajak orang tambah dosa, ftnah lagi. Itu je la mampu pun. Dah tua dah… dah dah la tu, move on la… 5 tahun dah. Kesian la kat girlfriend tu, tak habis-habis dengan ex-wife,” tulisnya.

Sementara itu, Adam didkwa ada menyatakan hak penjagaan anak-anak jatuh kepada bekas isteri dan dia memberi nafkah setiap bulan pada anak-anaknya.

“Kami berpisah. Isteri dapat hak jagaan anak penuh kerana anak kami 2 orang berumur 5 tahun dan 3 tahun. Saya membayar nafkah anak bulanan seperti mahkamah arahkan dan saya dapat hak lawatan. Isteri tidak bekerja pada masa itu. Saya tidak mau campur urusan peribadi isteri saya ada pasangan baru atau hidup barunya asalkan dia dapat menjaga anak-anak dengan baik. Dia ada hak untuk hidup bahagia cara dia,” tulisnya. Terdahulu, Fatin mendirikan rumah tangga dengan pelakon Adam Shahz pada tahun 2013 namun berpisah pada 2017. Sumber, XTRA