Fazley Yaakob berjaya tamatkan pengajian ijazah sarjana di AEU, Fazley akui arwah bapa menjadi inspirasi kejayaan hidupnya

Umum memang semua kenali individu ini. Fazley mahu memberi contoh yang baik kepada anak-anak. Janji yang pernah dibuat kepada Allahyarham bapanya sebelum ini membuatkan penyanyi dan usahawan Datuk Fazley Yaakob tidak pernah putus semangat terus melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Fazley atau Ahmad Fadzli Yaakob, 44, berkata, dia juga mahu menjadi contoh terbaik buat empat anak-anaknya supaya suatu hari nanti mereka juga akan mengikut jejak langkah sama.

Katanya lagi “Saya pernah menyaksikan arwah bapa menerima sarjana di Amerika Syarikat sekitar tahun 1989, ketika itu saya berjanji dengannya akan terus mengejar ilmu sehingga ke peringkat tertinggi. “Apa yang saya lakukan ini juga sebagai contoh kepada anak-anak dan majlis konvokesyen saya pun anak sulung turut menghadirinya. Saya beritahunya inilah hasilnya jika belajar bersungguh-sungguh,” katanya kepada¬†mStar.

Fazley berjaya tamatkan pengajian sarjana selepas tiga tahun.

Ahad lalu, Fazley menamatkan pengajian peringkat sarjana dalam bidang pengurusan perniagaan di Asia E University (AEU) dan bakal menyambung ke peringkat doktor falsafah di universiti sama tidak lama lagi. Sepanjang tiga tahun tempoh pengajian, Fazley mengakui berdepan pelbagai dugaan termasuk menguruskan hal berkaitan keluarga selepas pemergian arwah bapanya, Datuk Yaakob Mohammad yang pergi menghadap ilahi pada Februari 2016 akibat komplikasi paru-paru.

Luahnya lagi “Sebelum menyambung pengajian di AEU, saya sudah mendaftar di Universiti Utara Malaysia (UUM) namun terpaksa mohon cuti belajar disebabkan mahu menguruskan hal keluarga. “Selain itu saya ada perniagaan dan kerjaya dalam bidang masakan… jadi memang banyak dugaan sepanjang tempoh belajar tetapi syukur dengan bantuan penyelia, saya berjaya tamatkan pengajian.

Apa yang saya lakukan ini juga sebagai contoh kepada anak-anak.

Terangnya lagi “Bagi yang mengenali saya tahu bahawa saya seorang yang gemar belajar dan mencari ilmu, tidak kira bidang atau jurusan apa asalkan ada peningkatan ilmu,” ujarnya. Dalam pada itu, Fazley memberitahu disiplin sangat penting sebagai resepi kejayaannya selepas membahagikan masa dengan baik agar semua perkara dalam keadaan terkawal.

Kejayaan arwah bapa jadi pendoronng buat Fazley untuk terus sambung pengajian.

Katanya, meskipun sibuk dengan pelajaran namun dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak dan memastikan masa diperuntukkan sebaik mungkin buat mereka. “Saya akan pastikan jadual disusun dengan baik. Selepas menghabiskan masa untuk gimnasium atau latihan muay thai, barulah saya akan lakukan kerja harian. “Saya juga akan pulang rumah awal sebelum anak-anak semua masuk tidur. Semua harus berjalan lancar dan disebabkan itu disiplin tinggi amat diperlukan,” ujarnya. Sumber, mstar