Hasil bidaan NFT ketika tayangan perdana filem Juang, kini keluarga Adibah Noor terima sumbangan wang tunai RM20k

Kakak kepada Allahyarham Adibah Noor iaitu Noor Abidah Mohd Omar menerima sumbangan bagi pihak adiknya. Keluarga pelakon Allahyarham Adibah Noor menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM20,000 hasil bidaan Non-Fungible Token (NFT) ketika tayangan perdana filem Juang pada Ogos lalu. Sumbangan itu diserahkan kepada wakil keluarga arwh iaitu Noor Abidah Mohd Omar yang juga kakak kepada pelakon dan penyanyi itu ketika Majlis Apresiasi Filem Juang yang berlangsung baru-baru ini. Adibah, 52, pergi buat selamanya pada 18 Jun lalu di sebuah pusat perubatan di ibu negara akibat brh ov.ri.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif WebTVAsia yang juga penerbit bersama filem Juang, Fred Chong berkata, sebanyak tujuh edisi terhad reka bentuk Juang NFT ditawarkan untuk dibida yang mana WebTVAsia berjaya menerima jumlah bidaan sebanyak RM40,000. Menerusi bidaan itu kata Fred, pihaknya berharap dapat meningkatkan sektor kreatif Malaysia melalui inisiatif digital NFT sebagai pemangkin kepada peluang komersial dan penjenamaan baharu kepada pekerja industri di masa akan datang.

“Mengambil Apresiasi Juang NFt sebagai projek perintis pertama, WebTVAsia percaya dan yakin lebih banyak kerjasama dapat diwujudkan dan memberi impak lebih besar dan positif, bukan sahaja kepada industri kreatif tetapi menyediakan penjagaan dan bantuan untuk menyokong bagi pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) di Malaysia,” katanya. Filem Juang bukan sahaja mengisahkan tentang usaha pejuang barisan hadapan dan semangat dalam memerangi CvdI9, tetapi ia juga karya amal NFT pertama di Malaysia yang menyalurkan semua hasilnya kepada beberapa buah badan kebajikan.

Thrive Well Sdn Bhd menerima RM10,000.

Sementara itu, selain Adibah, WebTVAsia turut menyerahkan RM10,000 kepada Ketua Pegawai Eksekutif Thrive Well yang juga selaku penerbit filem Juang selain The Hope Branch yang diasaskan oleh pelakon dan pelawak Harith Iskander. Thrive Well dan The Hope Branch juga aktif dalam menjaga kebajikan golongan yang terkesan sepanjang pandemik.

Sebanyak 450 koleksi reka bentuk NFT eksklusif yang menampilkan pelakon utama Juang termasuk Zizan Razak, Zul Ariffin, Janna Nick, Jack Lim, Sangeeta Krishnasamy, Haoren dan banyak lagi yang dijual kepada orang ramai. Semua hasil jualan NFT berkenaan akan didermakan kepada pertubuhan amal Thrive Well dan The Hope Branch. Sumber, Mstar Online

Dia Tahu Pasal Sakit Pun Dah Lambat, Abang Dedah Sesuatu Pasal Adibah Noor Buat Ramai Yang Terkedu

Abang kepada Adibah Noor yang hanya dikenali dengan nama Bang Ngah tampil memberi sedikit kenyataan selepas urusan adiknya itu. Kata Bang Ngah, dia pun baru saja mengetahui tentang keadaan adiknya itu baru saja, dalam beberapa bulan yang lalu. Jelasnya, Adibah Noor sendiri pun baru tahu tentang keadaannya, dan sudah sedikit lambat. “Adik saya. Adibah Noor memberitahu kami yang dia dah sakit itu pun memang agak lambat. Dia cerita pada kami beberapa bulan yang lepas. Ini kerana dia sendiri pun baru tahu yang dirinya sakit pun memang sudah terlambat.” Kata Bang Ngah menerusi laporan Harian Metro lagi, Adibah Noor telah pun buat rawatan yang disyorkan oleh pihak hospital, malah telah jalani operasi. “Rawatan dan operasinya dah berjalan dengan lancar tetapi rezeki dia dah begitu kan, kita sendiri pun tidak tahu.”

“Baru-baru ini kami ada keluar makan bersama, dapat lihat dia pun boleh berjalan, makan dan sebagainya.” “Pada hari Khamis yang lalu, kami diberitahu dia ada pergi buat chemotherapy kali ke enam ke yang ke tujuh, saya kurang pasti.” “Doktor ada beritahu yang dose diberikan ada sedikit lebih, adakah mungkin dose itu terlalu kuat untuk dia yang itu saya tak berapa nak pasti, kenalah tanya pihak doktor.” Bagi Bangah, Adibah Noor ni seorang yang amat baik dan amat rapat dengan anak buahnya. “Dengan anak buah dia ni amat baik sekali. Dia selalu saja berpesan kat mereka semua agar belajar baik-baik.” Tentang kucing peliharaan Adibah Noor, Bang Ngah memberitahu dia belum lagi buat keputusan sepenuhnya akan hal itu. “Kami masih lagi belum fikir tentang soal kucing kerana nak selesaikan urusan ini dulu. Kemungkinan lepas ini kami akan contact dan jumpa dengan kawan-kawan dia untuk uruskan perkara itu. Rasa saya, kucing peliharaannya ada dalam 30 ekor lebih semuanya.” Itulah komen dari Bang Ngah iaitu abang kepada Adibah Noor. Sumber, Harian Metro