Shuib tampil dedah anak sakit, sekali ini yang menimpa Matin sampai ramai tampil doakan

Melihat telatah anak-anak Shuib Sepahtu dan Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, pasti ramai yang berpendapat bahawa mereka mempunyai daya tarikan dan kepetahan tersendiri. Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, anak-anak Shuib dan Sarah iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin begitu petah berbicara, terutama apabila telatah mereka dirakam dan dimuat naik di media sosial. Sungguhpun begitu, jauh di sudut hati Shuib, dia tidak mahu melihat anak-anaknya itu masuk ke bidang seni dan juga industri hiburan untuk bergelar artis.

Sungguhpun bidang tersebut dekat dengan dirinya dan juga arwh isteri, namun Shuib memilih untuk tidak mendorong anak-anaknya ke arah seni, sungguhpun mereka telah menunjukkan kecenderungan dalam bidang nyanyian dan komedi. “Matin ada bakat berlakon, melawak. Tapi sama juga saya rasa saya tak c.enderung untuk mereka jadi artis kot,” ujar Shuib lagi.

Moga Cepat Sihat

Anak ketiga pelawak dan usahawan terkenal Shuib Sepahtu iaitu Ariq Matin seorang yang suka membuat lawak seperti ayahnya. Setiap perkongsian Shuib berkenaan anaknya sering menjadi tumpuan ramai apabila dikongsikan ke laman media sosial. Jika sebelum ini, Matin suka bertanya soalan yang tidak masuk akal kepada ayahnya yang membuatkan ayahnya terdiam. Terbaharu, Shuib ada berkongsi tentang matin yang tak sihat disebabkan telinga beliau buat ramai peminat mendoakan supaya cepat sembuh. Arini Matin tak brp Sihat. Telinga sakit. InsyaAllah cepat Sihat Matin Sayang daddy.

Antara Reaksi Orang Ramai

Semoga adik Matin cpat smbuh dan diprmudahkn sgala urusan. Aamiin. Syafakallah matin semoga cepat sihat dan semoga cepat sihat. Martin telinga masuk air tak, kan tuhari berl.umba renang dgn lalita semoga ariq martin cpt sembuh. Kredit, Astro/IG