Penampilan bertudung Nad Zainal di Thailand cetus tanda tanya buat warganet, Ini komen terharu dari warganet

Pernah dikritik dek penampilan s3ksi, dramatis terkenal Nad Zainal sekali lagi mencuri perhatian peminat apabila tampil dengan imej bertudung dalam beberapa hantaran dalam Instagram miliknya. Nad atau nama lengkapnya Farah Nadia Zainal Abidin dilihat mula berkongsi foto mengenakan hijab dalam Instagram sejak dua hari lalu.

Selain foto, pelakon drama Cina Buta itu turut berkongsi beberapa video dalam InstaStory dengan penampilan berhijab sepanjang menjalani penggambaran travelog terbaharunya sewaktu di Thailand. Imej baharu tersebut mencetuskan spekulasi, sama ada Nad sudah berhijab atau sebaliknya. Aktres itu kini berada di Thailand bersama rakan pelakon, Ungku Ismail.

Beberapa hantaran dalam InstaStory menunjukkan Nad bersama Ungku berkunjung ke beberapa buah lokasi menarik di sekitar Bangkok, ketika melakukan penggambaran travelog untuk kandungan saluran YouTube mereka. Penampilan Nad, 32, sekali gus menuai pujian peminat apabila rata-ratanya berasa gembira dan senang menyaksikan imej baharunya.

Malah terdapat peminat menyokong pelakon itu jika terus kekal dengan imej menutup aurat. “Cantiknya Nad bila bertudung. Nampak lagi sopan dan manis. Saya sokong 100 peratus,” kata seorang peminatnya. “Pakai begini cantik. Jangan s3ksi-s3ksi lagi,” kata seorang pengikutnya dalam Instagram. “Cantik bertudung. Semoga kekal Nad,” ujar seorang lagi warganet.

Usaha Kosmo! Online untuk mendapatkan penjelasan daripada pelakon itu tidak berhasil apabila Nad gagal dihubungi. Sebelum ini, ibu tunggal beranak dua itu pernah menjadi sasaran kritikan warganet apabila tampil berani dengan imej pakaian terdedah. Sedar dirinya menjadi perhatian warganet, Nad berkata, dia malas memeningkan kepala dengan segala kritikan terhadap dirinya.

Dia mahu masyarakat faham tuntutannya sebagai seorang pelakon selain hanya mahu menjadi diri sendiri. “Saya memang jenis malas ambil pusing. Baju yang saya pakai di tempat kerja adalah uniform kerja saya. “Saya hanya jadi diri sendiri kalau itu yang orang luar runsingkan,” katanya. Sumber, KOSMO! ONLINE