Ramai yang pelik Ebby Yus tampil berkerusi roda dalam Sepahtu Reunion, Rupanya ini yang terjadi pada Ebby Yus

Umum memang semua kenali dengan individu ini. Ebby Yus mohon doa peminat agar diberikan kesembuhan. Kelibat pelakon dan pelawak Ebby Yus berkerusi roda ketika tiba di lobi sebuah hotel bagi menghadiri program Sepahtu Reunion Live Tour 2022 di Pasir Gudang, Johor mendapat perhatian peminat. Ebby atau Muhammad Yunus Abdul Rashid, 56, berkata, dia terpaksa menggunakan bantuan kerusi roda untuk bergerak selepas kakinya terpelecok ketika ingin keluar bekerja baru-baru ini. “Pada awalnya saya jatuh terpelecok ketika hendak keluar bekerja tetapi saya tidak dapatkan rawatan meskipun sudah mula rasa sakit ketika itu. “Seminggu selepas itu, keadaan kaki bertambah teruk dan ketika itulah saya dibawa ke hospital,” katanya kepada mStar.

Pelawak ini memberikan sepenuh komitmen terhadap kerjayanya.

Dalam pada itu, Ebby berkata, disebabkan ins1den itu dia ditahan di wad sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur selama empat hari bagi mendapatkan rawatan. Sejurus selepas dibenarkan pulang, Ebby berkata, dia tetap meneruskan kerja seperti biasa termasuk membuat kemunculan bersama Sepahtu dengan menggunakan kerusi roda. “Ketika itu saya memang tak boleh berjalan lagi, jadi saya minta izin untuk guna kerusi roda.

Luahnya lagi “Balik sahaja daripada program berkenaan, saya jatuh pengsan dalam bilik air.mungkin kerana terlalu banyak berjalan, saya seolah-olah memaksa kaki untuk memijak,” jelasnya. Disebabkan itu, Ebby berkata, dia dibawa dengan ambulan ke Hospital Kuala Lumpur dan dirawat selama 12 hari sebelum dibenarkan pulang ke rumah. Sementara itu, meskipun keadaan kakinya belum pulih namun Ebby berkata, dia tetap meneruskan perjalanan ke Johor bagi menyertai acara jelajah bersama Sepahtu.

Balik sahaja daripada program berkenaan

Kata Ebby, pihak produksi memintanya berehat namun disebabkan komitmen dan rasa tanggungjawab, dia tetap turun padang bertemu dengan peminat. “Apa yang anda lihat saya berkerusi roda di Instagram adalah kerana ingin mengurangkan berjalan disebabkan kaki belum pulih sepenuhnya. “Tetapi Insya Allah pada malam ini (Jumaat) saya akan beraksi tanpa kerusi roda. Alhamdulillah, saya kini sudah boleh berjalan,” jelasnya. Tambah Ebby, dia juga masih perlu menerima rawatan susulan bagi memastikan kakinya pulih dengan baik selain membuat pemeriksaan kesihatan lain seperti jantung dan buah pinggang.

Ebby Yus masih perlu menerima rawatan susulan di hospital

Ebby turut memohon dia peminat agar diberikan kesembuhan dan tahap kesihatannya beransur pulih seperti seperti biasa. “Tempoh hari bacaan buah pinggang saya tiba-tiba naik mendadak dan ia agak membimbangkan tapi Alhamdulillah selepas buat imbasan, bacaan itu turun semula. “Mudah-mudahan saya minta izin daripada Allah dan orang ramai untuk mendoakan kesembuhan saya bagi mempermudahkan segala urusan kerja. “Saya masih ada beberapa tugasan yang perlu diselesaikan dan insyaAllah selepas ini saya akan mengambil masa untuk berehat,” ujarnya. Sumber, mstar