Tak de fikir untuk diri sendiri pun, Rozita Che Wan luah rasa bersyukur bila anak sulung dapat double degree

Che Ta memanjatkan rasa syukur apabila anak sulungnya pula, Ammar Effendy berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda berganda (double degree) selepas Aniq Ezra. Kata Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta, pengorbanannya selama 12 tahun bergelar ibu tunggal akhirnya berbalas dengan kejayaan anak-anaknya. “Allhamdulillah syukur. Allah bagi saya anak- anak yang cerdik dan mudah untuk saya bela. “12 tahun masa jadi single mom dalam kepala otak cuma ada azam nak besarkan anak-anak dan bagi yang terbaik ja untuk mereka! “Tak dak langsung pikiaq untuk diri sendiri!” ujarnya. Berdepan cabaran sebagai artis yang tiada pendapatan tetap, imbas Che Ta lagi dia berlapang dada dan berserah atas urusan Yang Maha Esa. “Mereka dapat masuk MRSM, lepaih tu upgrade masuk KYS then dpt straight A’s, masuk TAYLOR’s University.

“Untuk kami yang income tak tetap masa tu nak bayar fees KYs perghhhhhh mencanak jugalah cari duit! Tapi Allah permudahkan segalanya. “Hari ni syukur @ammareffendy pula dah grad! Double degree dalam tangan,” ujarnya. Terdahulu, Che Ta berkongsi kegembiraannya apabila anak kedua, Aniq Ezra berjaya menamatkan pelajaran dan turut mendapat ijazah sarjana muda berganda dari universiti sama.

Komen warganet:

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Sumber, https://gempak.com/. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.