Sampai ada yang cakap Mia Ahmad dan pasangan sudah tidak mesra, Sekali ini respon sempoi dari Mia Ahmad

Memang tak asing kita dengan wani ta ini. Pelakon dan usahawan, Mia Ahmad membuat perkongsian bersama peminat selepas dia dikatakan sudah tidak ‘romantis’ seperti pasangan selebriti lain. Menerusi hantaran di Instagram, Mia akui berasa lucu dengan tanggapan yang turut melibatkan suaminya itu. “Hari itu saya buat anonymous question terima satu soalan ni, Kenapa tengok macam dah tak sweet dengan husband you sekarang macam pasangan selebriti lain? “Gelak saya baca. Rupanya ukuran kebahagiaan tu terletak bagaimana kita potray diri kita dan pasangan di media sosial kah?.”-Tulis Mia

Tidak Terbeban Dengan Persepsi Orang Lain

Akui tidak terbeban dengan persepsi orang lain, Mia Ahmad menjelaskan bahawa perkara sebegitu adalah terlalu remeh untuk difikirkan. “Persepsi orang tak buat saya rasa terbeban pun. Kalau dulu ya, saya kisah but as we grow older benda macam ni sangatlah remeh untuk difikirkan. “Penerimaan orang tak penting , yang penting Allah redha tak apa yang kita buat? Jelas tak niat kita dalam sesuatu perkara tu kerana Allah. Kena belajar didik hati.”-Tulis Mia Perkongsian di media sosial bukanlah menjadi ukuran kebahagiaan seseorang. Sumber, murai

Ada Yang Cakap Macam Makcik Bila Pakai Tudung Labuh, Tak Boleh Berdiam Sekali Ini Respon Mia Ahmad. Pelakon, Mia Ahmad membuat perkongsian bersama peminat mengenai pemakaiannya yang sopan dan bertudung labuh itu dianggap seperti “mak cik” serta tidak moden oleh sesetengah pihak. Menerusi hantaran di Instagram, Mia menjelaskan bahawa dia berpakaian sedemikian adalah niatnya kerana Allah SWT. “Bila orang cakap tudung labuh macam makcik dan tak moden. Sorry, i dress for Allah .”-Tulis Mia Ada yang anggap dia tidak akan kekal istiqomah dalam berpakaian sopan, Mia Ahmad menyatakan bahawa dia mengubah cara pemakaian untuk menjadi lebih baik dan bukan untuk kelihatan baik. “Ada yang cakap saya takkan istiqomah. Ada yang cakap suami saya takkan support. Saya kuat hati kerana saya tahu saya lakukan perkara yang betul. Demi Allah, saya tahu saya tak baik, saya ubah cara pemakaian untuk jadi lebih baik bukan untuk nampak baik.”-Tulis Mia. Di akhir hantarannya, Mia Ahmad turut menitipkan doa agar semua muslimah diberikan hidayah yang berpanjangan oleh Allah SWT.

Sumber:Murai.my, PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Mia Ahmad Kongsi Tips Dine In Dengan Anak, Tapi Lain Pula Yang Jadi Persoalan Warganet Sampai Kait Isu Golongan B40. Usaha pelakon Mia Ahmad untuk mengelak dari anak-anaknya leka bermain dengan gajet diteruskan dan baru-baru ini dia berkongsi tips berguna dari pengalamannya. Mia menerusi akaun laman sosialnya berkongsi tips membawa anak makan di luar atau ‘dine-in’ bagi mengelak dari mereka bermain gajet. Dalam perkongsian video itu, Mia menyenaraikan beberapa tips yang berguna seperti: Jangan bagi makan 3 jam sebelum pergi dine-in, junk food pun jangan diberikan pilih tempat dine-in yang luas dan jauh dari orang lain, private room betterStandby color pencil, crayon, kertas kosong atau mainan kesukaan mereka.

Biar mereka explore, suka hati nak buat apa asalkan jangan mengganggu orang lain. Tambah Mia lagi, dia menggalakkan ibu bapa untuk menjadikan gajet sebagai alat untuk belajar sahaja bukan menggantikan ‘real play’ anak-anak. Entri berkenaan mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji tips yang berguna untuk mereka sebagai ibu bapa. Namun terdapat seorang wargamaya yang menyuarakan pendapatnya ada tips yang dikongsikan tidak sesuai untuk golongan B40 seperti mereka. “Untuk golongan B40 yang tak mampu tempat macam ni, macam mana nak kawal mereka Kak Mia? Kadang-kadang beri juga gajet terpaksa…,” komen salah seorang warganet.

Mia tidak mendiamkan diri malah turut tampil dengan komen balas.“Saya expect (dah jangka) comment ni.. saya sangat faham..“Saya ada bagi beberapa tips boleh pilih salah satu. Gadget ni mcm painkiller for kids hopefully beri manfaat,” jawabnya. Sebelum ini, Mia ada berkongsi mengenai masalah percakapan atau ‘speech delay’ yang dialami anak pertamanya Sayf Issa, 3, akibat membiarkannya bermain dengan gajet sejak bayi. Mia yang mendirikan rumah tangga dengan penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim, Mohd. Izham Tarmizi pada 2017 dikurniakan dua orang anak iaitu Issa, 3, dan Iris, 1. Sumber, Gempak