Shila Amzah tampil dedah sebab persembahannya di GV9 merosot, Rupanya ini yang dialami Shila Amzah

Siapa tak kenal penyanyi wanita popular ini. Shila Amzah hanya nak persembahan terbaik setiap minggu untuk penonton. Penyanyi Shila Amzah mengesahkan mengalami gangguan kebimbangan melampau atau anx1ety selepas membuat pemeriksaan kesihatan pada Mac lalu. Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 32, berkata, akibat masalah itu persembahannya pada minggu keempat di pentas Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) terjejas selepas mengalami serangan ketika berada di pentas. “Malangnya minggu lepas saya kena serangan anx1ety masa di atas pentas. Masa itu memang saya sudah tak ingat apa-apa, saya tak dengar apa pun yang Datuk Syafinaz komen.

Shila Amzah akui penat buat dirinya diserang anx1ety.

Luahnya lagi “Masalah anx1ety ini memang sudah lama selepas membuat pemeriksaan kesihatan pada Mac lalu,” katanya. Shila berkata demikian ketika sidang media selepas tamat pertandingan minggu kelima GV9 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam pada malam Ahad. Mengulas lanjut mengenai keadaan kesihatannya, Shila memberitahu ada beberapa penyebab yang mempengaruhi dirinya sehingga mendapat serangan secara tiba-tiba. Ini termasuklah faktor dirinya penat selain terkesan dengan komen-komen negatif yang diperkatakan warganet tentang dirinya di media sosial.

Masa itu memang saya sudah tidak ingat apa-apa. saya tidak dengar apa pun.

Luahnya lagi “Mungkin antara faktornya sebab saya penat, kadang-kadang nak cari komen positif terjumpa perkara negatif yang memberi kesan. “Setakat ini, minggu ketiga dan keempat paling teruk. mungkin juga secara tak langsung benda itu menganggu emosi saya di pentas,” jelasnya. Sementara itu, Shila berkata, setiap minggu dia tidak pernah meletakkan sebarang sasaran sebaliknya lebih menumpukan untuk memberi persembahan terbaik dan menghiburkan penonton.

Persembahan bertenaga dari Shila Amzah.

Terangnya lagi “Apabila saya buat persembahan, kadang-kadang apa yang kita jangka itu tak menjadi seperti dirancang. Sejujurnya sebaik berada di pentas saya tidak sasar untuk jadi nombor satu tetapi ingin berikan yang terbaik dan menghiburkan penonton. “Ini termasuk apa kelainan yang boleh saya tonjolkan untuk minggu itu. Setiap persembahan itu kalau tidak banyak, sikit ada kelainan daripada minggu sebelumnya,” jelasnya.

Untuk rekod, pada minggu keempat GV9, Shila menyampaikan lagu Pudar nyanyian asal Indah Ruhaila tidak berada dalam senarai lima terbaik dan hanya menerima markah sebanyak 74.60 peratus daripada juri. Sumber, mstar