KISAH seorang wanita menjaga suaminya yang terlantar koma lebih 90 hari akibat kejadian jalan raya pada mendapat perhatian warga maya. Lebih menyentuh hati apabila Siti Rohayu atau lebih dikenali sebagai Ayu yang merupakan usahawan kosmetik tetap setia menjaga suami, Muhammad Ridhwan Mohd Zaki yang hampir hilang ingatan tanpa berputus asa demi melihat lelaki itu sembuh seperti sedia kala. Namun apa yang mengejutkan warganet apabila baru-baru ini sudah tiada gambar atau video bersama suami kecuali bersama anak-anak di media sosialnya. Berdasarkan hantaran pada 11 Oktober 2022, Ayu memuat naik foto menunjukkan dirinya berjubah hitam berdiri di hadapan Mahkamah Syariah Daerah Besut, Terengganu.
Posting asal yang menjadi tular ketika proses perpisahannya. Dipercayai wanita itu sedang dalam proses perpisahan setelah sekian lama menjaga suaminya yang tidak mampu menguruskan diri sendiri sejak kejadian itu. “Ya Allah… Semoga keputusan yang aku buat hari ini, adalah yang terbaik untuk semua orang, termasuk untuk diriku dan anak-anak. Sekuat mana pun sayang kita pada seseorang, kalau Allah kata dia bukan jodoh kita. Maka bukanlah. Maafkan Umy (gelaran Ayu) semua. Sebab tak mampu nak jadi insan yang kuat untuk meneruskan dan mempertahankan. “Andai tiba saatnya di mana kita harus melepaskan, bukan kerana tak sayang. Tetapi kita sedar, andai diteruskan akan banyak lagi pihak akan terluka. Mengalah bukan bererti kalah, mengaku salah bukan bererti salah, tetapi cukup penat mental dan fizikal untuk meneruskan.
“Fokus pada kesihatan dan anak-anak itu lebih baik. Biarlah satu dunia membenci dan mengkritik Umy, Allah ada. Sama-sama kita mendoakan dipermudahkan segala urusan hari ini,” tulisnya di Facebook. Ibu kepada dua cahaya mata ini seterusnya membuat satu siaran langsung (live) pada pagi Isnin, memaparkan dia berada di Mahkamah Syariah Daerah Besut untuk urusan perpisahan bersama suaminya. Dalam hantaran sama, Ayu menjelaskan bahawa itulah detik-detik terakhir mereka berdua bersama sebelum masing-masing bakal membawa haluan sendiri selepas ini. “Selamat tinggal Aby (panggilan suami),” katanya dalam kapsyen sebuah video yang dimuat naik. “Umy buat keputusan dengan rela hati. Mungkin ini yang terbaik untuk saya dan suami supaya tak ada pergaduhan mana-mana pihak dan bawa haluan masing-masing.
Tangkap layar hantara Ayu menjelaskan mengenai perpisahannya. “Ramai tak faham kalau nak share semua (perkara). Cuma (Ayu) berharap Abi lebih sihat dan bertambah baik (apabila) dijaga keluarga dia. “Biar dia mampu nanti cari dan tengok anak-anak. Abi tak faham keadaan dia (diri sendiri). Kalau dia normal, dia tak cakap macam tu,” ujarnya merujuk kepada suaminya yang mencelah ketika sesi live. Kata Ayu lagi, dia hanya menyalahkan dirinya sendiri atas perpisahan yang berlaku. Malah katanya keputusan dibuat secara sukarela tanpa sebarang paksaan daripada mana-mana pihak. Dalam pada itu, wanita ini turut menejelaskan bahawa dia sudah penat untuk ‘berjuang’ demi hubungan mereka dan memilih untuk mengundur diri sebelum dia menjadi ‘tak betul’. Permulaan hidup baru. Maaf sebab buat keputusan ini dan mungkin ramai yang tak puas hati dan kecewa dengan Umy.
“Aku bukan seorang yang baik. Sebelum menyalahkan orang lain. Diri aku yang patut dipersalahkan. Biarlah satu dunia kritik aku dengan keputusan yang aku buat. “Terlalu ramai yang buat andaian sendiri. Menabur cerita tak elok tidak henti-henti. Seperti mereka yang duduk serumah dengan Umy. Semoga pahala kalian mengalir buat diriku. Semua orang boleh bercakap tapi yang menanggung dan lalui hanya kami. “Kalian tak suka aku, block aku, dari kalian komen benda yang tak sepatutnya. Mungkin ini posting last tentang diriku, Lepas ni fokus pada bisnes. Permulaan hidup baharu. Maaf sebab buat keputusan ini dan mungkin ramai yang tak puas hati dan kecewa dengan Umy,” ujarnya dalam hantaran tersebut.
Komen warganet pada hantaran yang tular.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sama sedih dan juga terkejut saat mengetahui perkembangan terbaharu pasangan suami isteri berkenaan. Bagaimanapun, warganet mendoakan semoga Ayu terus diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan dalam meneruskan kehidupan bersama anak-anak. “Moga Allah permudahkan urusan kalian berdua. Allah uji tanda Allah sayang pada kalian. “Moga Allah bagi mudah. Bagi kuat untuk Umy dan Aby. Mohon jangan komen yang bukan-bukan. “Siapa yang follow Umy dari awal Aby sakit, akan tahu sebab apa dia buat keputusan macam ni, harap anda faham dan tak kritik Umy. Kasihan Umy… dia tetap sayang Aby,” komen beberapa warganet pada hantaran di Facebook. Kredit, mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.