Warganet kritik pakaian Kilafairy tidak bersesuaian dengan imej bertudung, Ramai peminat mendoakan Kilafairy kekal istiqamah

Memag tak asing lagi kita dengan pelakon wanita cantik ini. Sebelum ini, seramai 100 selebriti dan usahawan muda diiktiraf menerusi anugerah The 100 Most Influential Young Entreprenuers 2022 (MIYE2022) di atas pencapaian cemerlang, usaha gigih dan sumbangan mereka dalam industri.

Cemerlang Dalam Perusahaan Kecil Dan Sederhana

Majlis anjuran Entreprenuers Insight itu meraikan 100 pemain industri berusia di bawah umur 45 tahun, yang telah mencipta impak ketara menerusi media massa dan media sosial. Selain dari tu, penerima perlula cemerlang melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka dalam sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Kilafairy Turut Menerima Anugerah

Antara penerima anugerah berprestij itu ialah Datuk Seri Vida, Zeileen Yusnita, Puteri Zarith dan Lee Yon Onn, manakala Chiau Haw Choon merangkul anugerah “Entreprenuer of the year. Tidak terkecuali juga Kilafairy yang turut menerima anugerah pada malam tersebut. Melihat di Instagram, dia turut berkongsikan kepada peminat mengenai anugerah yang telah diperoleh olehnya.

Mendapat Perhatian Warganet

Kilafiary yang memakai gaun berwarna hitam kelihatan agak ketat dan pemakaiannya tersebut telah mendapat pelbagai reaksi dari warganet. Tak manis nampak bentuk badan, tak sesuai dengan imej bertudung, semoga istiqamah dalam penghijrahan. Komen warganet lagi, Siss aurattt, Kak Killa nampak bentuk badan tu tak bole patutnya

Ada sesetengah dari warganet yang menyatakan pemakaiannya tersebut tidak bersesuaian dengan imejnya yang bertudung. Tetapi selain dari teguran dari warganet, kelihatan ramai juga yang mengucapkan tahniah dan bangga di atas kejayaannya serta mereka turut memuji dengan kecantikkan Kilafairy. Sumber, murai