Dedah sesuatu sebelum laporkan bekas suami pada pihak polis, sekali ini yang Ziana Zain minta anak lakukan bila ayahnya dah tua nanti

Perkahwinan mereka selama 20 tahun secara rasminya berakhir apabila Armin melafazkan tl.k satu di Mhkmah Rndah Sy.4riah Shah Alam pada 12 Julai 2018. Dalam temubual tersebut, Ziana menddahkan dia terpaksa menelan segala kata-kata kesat daripada bekas suaminya sepanjang mereka berdua masih bersama. Semuanya dipnd.4m olehnya sehinggalah pada suatu hari anak-anak mengadu mengenai kelakuan ayah mereka.

“Ayah pukul adik,”ujar salah seorang anak Ziana Zain sebelum dia pergi melihat di bilik. Ziana berkata, anaknya dipvkvl teruk oleh Armin sampai bngk.4k di bahagian muka seperti belon serta berdrh-drh.

Kantoi suami tak setia

Selain itu, Ziana menceritakan dia nekad membuat laporan polis setelah hampir dua hari mengerjakan solat sunat istikharah untuk meminta petunjuk serta jalan yang benar . Apa yang membuatkan dia bertambah nekad apabila lelaki tersebut kantoi tidak setia apabila Ziana terbaca beberapa kiriman mesej menerusi telefon pintar.

Tak Mahu Anak Derhaka Pada Bapa Mereka, Ziana Zain Pesan; “Jaga Ayah Apabila Sudah Tua.”

Menurut penyanyi Madah Berhelah itu, dia mahukan anak-anaknya hidup dalam keberkatan dan tidak menjadi anak drh.4ka terhadap kedua ibu bapa.

“Saya tidak akan pisahkan anak-anak dengan bapa mereka. Saya cakap dengan anak-anak, saya nak hidup mereka ada keberkatan daripada ayah dan juga ibu. Saya tak nak anak-anak drh.4ka kepada ayah mereka dan juga saya,” kata Ziana dipetik menerusi program bual bicara Next To Neelofa musim kedua yang bersiaran di Astro Ria pada malam Sabtu.

Dalam program itu juga, Ziana atau nama sebenar, Siti Roziana Zain, 54, dia tidak akan menghalang anak-anak untuk menunaikan tanggungjawab menjaga bapa mereka apabila sudah tua kelak. “Sekiranya tiada siapa pun jaga ayah (Armin) apabila dah tua, saya pesan agar mereka ambil dan jaga ayah. Saya tidak akan marah, itu tugas mereka,” katanya lagi. Kredit, MH, Hmetro,Omm

Tampil dedah apa yang bekas suami buat sebelum berpisah, sekali ini luahan Ziana Zain

“Ingat saya heran (peduli) ke kat dia? Saya tak heranlah (pedulilah) kat dia.” Demikian pengakuan meruntun jiwa penyanyi Ziana Zain bercerita tentang ungkapan yang keluar daripada bibir bekas suami, Armin Zaharin sekali gus membuatkan dirinya tawar hati sehingga mengakibatkan perpisahan pada 2018.

Situasi yang berlaku sekitar 2016 tersebut juga menyebabkan Ziana atau nama sebenarnya, Siti Roziana Zain berasa seperti dirinya tiada harga diri apabila tidak dihargai seorang lelaki bernama suami. Penyanyi Ziana Zain mendedahkan punca rumah tangga dengan bekas suami, Armin berakhir dengan perpisahan.

“Sebagai isteri perasaan macam mana sebagai isteri? Berbelas tahun saya taat kepadanya, dia boleh cakap dia tak heran (peduli) dengan saya. Jadi, saya ke sahaja yang terdamba-dambakan dia. Perasaan waktu itu rasa macam tiada harga diri. Macam mana dia (bekas suami) tergamak keluarkan perkataan sebegitu. Saya isteri dia. Dia nak anak empat, saya beranak anak empat (orang). Saya hampir hilang nyawa 50-50 bertarung (nyawa) untuk dia dan this is the end (inikah pengakhirannya),” dedahnya dalam nada teresak-esak menerusi progam bual bicara, Next To Neelofa musim kedua, malam tadi.

Menurut Ziana, 54, sejak kejadian terbabit yang berlaku pada 2016, hatinya mula menjauh dan menjurus ke arah yang paling ditakuti setiap wanita iaitu perpisahan. “Sejak 2016, hati saya jauh saja. Terkesan yang amat. Kalau dia (bekas suami) duduk sebelah kita atau kita nak tidur, saya macam minta pada Allah jangan dia duduk sebelah saya. Saya berdoa dan bertanya, kenapa saya macam ada rasa yang saya tak suka suami saya. Saya tak nak jadi isteri drhaka. Saya berdoa, kembalikan rasa kasih sayang terhadap suami saya,” kata pelantun lagu Putus Terpaksa itu.

Mengenang kembali kisah anak-anak pula, dia mengakui salah seorang anaknya menghidap Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD). Malam kejadian anaknya didkwa dirotan bekas suami itulah titik tolak yang merubah hidupnya, Ziana ingin membulatkan hati melakukan keputusan tepat dengan meminta pertolongan daripada Allah SWT.

“Saya buat solat taubat, istikharah dan hajat. Lepas itu, saya tidur dan bangkit pukul 5 pagi,”jelasnya. Ziana yang juga disapa sebagai Kak Gee memaklumkan, ternyata doa dan ibadatnya didengari Allah apabila satu persatu ‘rahsia’ bekas suami terbongkar. “Selepas dua hari saya rasa macam memang inilah Allah nak tunjuk. Saya buat laporan,” jelasnya.

Terdahulu, Mei 2018, bekas suami Ziana, Armin Zaharin didkwa di Mahkamah Majistret Shah Alam atas tdvhan melukakan anak lelakinya. Perkahwinan mereka selama 20 tahun secara rasminya berakhir apabila Armin melafazkan tl.k satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 12 Julai 2018. Sumber, K!Online