Halang bekas suami jumpa anak, sekali Adam Shahz dedah ada sesuatu yang Fatin Afeefa risaukan

Pelakon Adam Shahz mendedahkan sudah beberapa minggu tidak bertemu dengan anaknya ekoran dihalang bekas isteri, Fatin Afeefa. Adam atau Nor Shah Azli Abdol Ghani, 41, berkata, Fatin menghalang mereka bertemu kerana bimbang lebih banyak rahsia peribadinya terbongkar. Disebabkan itu, Adam sudah memfailkan laporan di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bagi menuntut hak penjagaan sekali gus menyelesaikan masalah di antara mereka.

“Dia tahu kalau saya jumpa anak, banyak lagi rahsia akan terbongkar. Sebab itu halang saya jumpa anak dan saya sendiri sudah beberapa minggu tak tahu tentang keadaannya. Sebelum ini dia ada hantar orang tengah untuk bercakap dengan saya, tetapi sekarang lebih baik selesaikan perkara itu di mhkamah,” katanya.

Terdahulu, Adam ada memuat naik video perbualan dengan anaknya, Ivy Herra Sophia, 7, yang mana kanak-kanak itu mendedahkan ibunya sudah mempunyai teman lelaki dan beberapa perbuatan aktres itu. Dalam satu perkongsian lain, Adam turut kesal apabila terdapat segelintir warganet yang melemparkan kata-kata negatif terhadapnya meskipun tidak mengetahui fakta sebenar.

Menurut Adam, selepas berpisah dengan Fatin pada Mei 2017, dia lebih selesa mengambil langkah berdiam tanpa membuka sebarang kisah atau masalah yang pernah berlaku antara mereka. Bagaimanapun tdvhan segelintir pihak terhadapnya membuatkan dia lebih berani bersuara dan mempertahankan haknya.

Adam tak mahu lagi berdiam isu dengan bekas isteri.

“Selama ini saya hanya berdiam sahaja. Orang bercakap buruk tentang pun, saya tetap tak ambil peduli kerana apa yang telah berlaku biarlah saya sahaja tahu. Tapi semakin lama, orang mula menyalahkan saya tentang perpisahan kami sebelum ini,” jelasnya. Untuk rekod, Adam dan Fatin mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013 namun berpisah empat tahun kemudian. Sumber, Mstar Online