Nekad untuk berpisah lepas 15 tahun kahwin, akhirnya Amelina bongkarkan perbuatan sebenar bekas suami buat ramai yang terkedu

“Saya tak boleh nak komen apa-apa, biar polis jalankan siasatan. Kalau betul dia adalah bekas suami saya, dia dah jadi masa lalu saya,” kata penyanyi dangdut, Amelina, 48. Amelina atau nama sebenarnya, Norazlina Amir Sharipuddin diminta mengulas mengenai kes mengasari yang didakwa membabitkan bekas suaminya, selepas tular video tindakan seorang lelaki terhadap seorang wanita. Menurut penyanyi yang popular dengan lagu Memori Daun Pisang dan Asyik itu, sekiranya benar individu itu adalah bekas suaminya seperti yang didakwa, bukan haknya untuk keluarkan sebarang kenyataan. “Maknanya, dia dah tak ada kena mengena dengan saya. Jadi, saya mohon agar tidak dikaitkan lagi isu ini dengan saya,” katanya kepada Harian Metro. Ditanya sama ada dia pernah menonton video yang tular itu, Amelina enggan menonton video itu.”Saya tak mahu menonton video itu,” katanya. Pernah melalui fasa perkahwinan dan perpisahan, Amelina menjawab persoalan mengenai keputusannya untuk berpisah selepas mengambil masa selama 15 tahun sebelum nekad.”Saya sendiri mengambil masa 15 tahun untuk membuat satu keputusan yang paling tepat sebab saya tak mahu merisikokan orang di sekeliling,” katanya.

Diminta mengulas mengenai isu kekerasan dalam rumah tangga yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini, Amelina berkongsi mengenai kesan dan trauma yang dialami.”Jangan hina sasaran kekerasan dalam rumah tangga. Mereka yang berada dalam situasi ini sebenarnya terikat dengan beberapa perkara iaitu ketaatan kepada agama, suami dan persekitaran. “Kesannya bukan sahaja dari sudut fizikal, tetapi juga mental dan bagi mereka yang pernah mengalaminya, ia tinggalkan trauma yang besar.”Jangan terlalu ‘menekan’ mereka yang menjadi sasaran ini. Janganlah dikata mereka ini, bdh. Hanya Allah yang tahu, apa yang mereka rasakan,” katanya. Amelina sebelum ini pernah berumah tangga dengan bekas suaminya, Reduan Mahamood pada 26 April 1999 dan berpisah pada 29 Jun 2016.Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi satu minit tujuh saat itu memaparkan lelaki berambut panjang menarik tudung wanita berkenaan sebelum dia di heret dan dikasari berkali-kali di muka serta badan.

Sumber, beritaterkini. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.