Tampil kongsi foto anak, sekali ramai luah rasa teruja lepas tengok gambar anak perempuan Tasha Shilla

Pelakon, Tasha Shilla menarik perhatian peminat selepas berkongsi foto anak keduanya, Nyla Kaadira di media sosial.

“Bangun Pagi Tengok Muka Ni…”

Menerusi hantaran di Instagram, Tasha menyatakan bahawa menatap wajah cahaya matanya membuatkan dia terlupa akan kemelut politik negara yang menjadi bualan ramai sehingga ke hari ini. “Bangun pagi tengok muka ni hilang memikirkan masalah negara. Tak mandi pun bau syurga. Wangi je baby ni..”-Tulis Tasha

Cetus Rasa Teruja Peminat

Hantaran Tasha dibanjiri dengan komen peminat yang meluahkan rasa teruja melihat wajah comel Nyla, malah ramai yang turut menitipkan doa agar bayi comel ini membesar dengan baik dan sihat.

“Bau mulut baby adalah bau yang terpaling harum di dunia. Nikmatnya tak terkata. Moga membesar dengan sihat ye Nyla.. 😍. “Alhamdulillah..comel lah. Moga membesar dengan sihat ye 😍😍. “Geramnya..Tak mandi pun best bau baby.”

Sekadar info, Tasha Shilla dan Muhammad Atiq telah berkahwin pada 28 Februari 2020. Pasangan ini turut dikurniakan seorang anak lelaki, Reez Zander. Sumber, Gempak

PERHATIAN, Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.