Muat naik gambar gunting rambut pada pukul 10.22 malam, sekali ini komen warganet lepas Anwar Ibrahim muat naik di Twitter

Hari ini, salah seorang daripada dua nama besar iaitu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka menerajui negara sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Gunting rambut

Terbaru, ciapan Anwar di akaun Twitter miliknya menarik perhatian warganet. Menerusi hantaran tersebut, Anwar, 75, menyatakan dia sempat merapikan penampilan diri dengan menggunting rambut sejurus selesai berkempen pilihan raya.

Sempat singgah potong (gunting) rambut setelah selesai berkempen pilihan raya. Singgah ke kedai gunting rambut di Sungai Long yang diusahakan oleh saudara Edy, seorang anak muda yang berhijrah dari Miri. Bagaimanapun, rata-rata pengguna media sosial tidak fokus ;tweet’ itu ditujukan kepada siapa.

Ada petunjuk

Sebaliknya, kata warganet suami kepada Wan Azizah Wan Ismail ini seakan memberi gambaran bahawasanya dia bakal naik ke kerusi pemimpin. Menurut pemilik akaun @HausofHilton, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) sengaja ‘tweet’ pada pukul 10.22pm kerana hari Rabu adalah 22 November dan PM10 bermaksud ‘Perdana Menteri 10’.

Pada Ahad, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Ahad menitahkan parti politik membuat perakuan gabungan politik untuk menubuhkan kerajaan baharu sebelum jam 2 petang, hari ini. Sumber, Oh Bulan

Ramai yang tertunggu tunggu, kali ni Ismail Sabri dedah masih belum tandatangani SD

Sejak semalam, kecoh di media sosial mengenai pembentukan kerajaan persekutuan antara dua gabungan parti berpengaruh besar iaitu Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH). Malah, ada ura-ura mengatakan kedua-dua parti ini telah mencapai kesepakatan membentuk kerajaan persekutuan di mana melantik Presiden PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan (Tok Mat) sebagai Timbalan Perdana Menteri. Pun begitu, Naib Presiden UMNO iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob secara ringkasnya menafikan perjumpaan dengan PH  di Hotel Seri Pacific. “Tidak ada pertemuan dengan Pakatan Harapan,”ujarnya.

Bagaimanapun, kenyataan berkenaan dilihat bercanggah dengan penularan beberapa foto beliau hadir bersama dengan beberapa pemimpin utama PH termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sementara itu, Ismail Sabri berkata mereka juga belum menandatangani Akaun Bersumpah (SD) bagi memilih calon Perdana Menteri ke-10 dan pembentukan kerajaan persekutuan. “SD masih belum tandatangani lagi. Tetamu (PH) datang sini, takkan tak layan. Kita borak-borak, salam-salam. Macam biasa,”ujarnya lagi. Beliau berkata, BN akan meminta penangguhan penyerahan SD kepada Speaker Dewan Rakyat. Sumber: Harian Metro

PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.