SELEBRITI wanita yang sering mendapat pujian kerana sifat merendah diri iaitu Fazura sekali lagi menarik perhatian warganet di media sosial apabila memuat naik video pendek memberi pujian kepada adik Neelofa iaitu Athisha Khan. Fazura dan Athisha dilihat cantik mengenakan busana berwarna merah jambu saling bertegur sapa di dalam sebuah majlis yang diadakan di Kuala Lumpur pada malam Rabu. Dalam rakaman yang dikongsi di Instastory, isteri kepada pelakon Fattah Amin itu memuji Athisha memiliki rupa paras yang cantik.
Fazura juga terlihat beramah mesra bersama rakan selebriti. “Tengok wanita ini sangat cantik,” kata Fazura. “Terima kasih! Awak pun selalu terlihat cantik,” balas Atisha pula. Video pendek itu kemudiannya dikongsi semula oleh pemilik akaun TikTok skincarebyfazura. Rata-rata memuji kecantikan kedua-dua selebriti ini dan menyifatkan Athisha seorang yang sangat merendah diri serta peramah. “Keduanya cantik! Saya suka Athisha dengan Fazura sebab mereka berdua sangat merendah diri. “Athisha memang baik dengan semua orang. Dia jenis seorang yang tidak suka masuk campur masalah antara adik-beradiknya,” kata warganet. Klik sini untuk lihat video.
Sumber, MSTAR ONLINE. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Terkejut bila tahu hamil, akhirnya Neelofa tampil bersuara kongsikan momen hamilkan Bilal. Anak lelaki kepada pasangan Noor Neelofa dan Muhammad Haris Ismail yang kini berusia sembilan bulan sering kali menjadi tumpuan ramai. Pada awal Oktober lalu, Neelofa telah mendedahkan wajah anak lelakinya, Muhammad Bilal untuk tatapan umum di sosial media. Rata – rata mereka yang melihat wajah Bilal buat pertama kali memuji kecomelan wajahnya dan disamakan dengan wajah sepupunya, Jebat Jayden ketika kecil. Terbaru, Neelofa membuka kisah dimana dia mula – mula mendapat tahu dirinya sedang hamilkan Bilal ketika rancangan Next To Neelofa musim kedua.
Menurut Neelofa dia dan suaminya tidak merancang, namun rezeki untuk mendapat Bilal awal pada usia perkahwinan mereka dua bulan. Menerusi video tersebut, Neelofa juga berkongsi momen ketika membuat ujian kehamilan dan terkejut dengan keputusan tersebut. “Masa ni terkejut bila tahu pregnant, sebab tak plan pun. “Lepas tu macam blur kejap sebab dah 3 weeks. Check sebab period dah lewat,” cerita Neelofa. Video tersebut dikongsi semula oleh seorang peminatnya di laman TikTok @seorannur. “Alhamdulillah, sekarang Sheikh Bilal dah membesar dengan sihat. Dah jadi abang sado handsome”. Klik sini untuk lihat video. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber : https://beritaawani.com/, sinarviral.com.