Ramai yang tertanya tanya akhirnya Ismail Sabri umumkan Bkm fasa 4 akan dikreditkan secara berperingkat pada tarikh ini

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 4 akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima secara berperingkat bermula 15 November depan. Beliau berkata, pembayaran bernilai RM2.1 bilion itu bakal memanfaatkan seramai 5.2 juta penerima yang terdiri daripada penerima sedia ada kategori isi rumah dan warga emas, bujang serta yang tiada pasangan. “Secara keseluruhannya, sebanyak RM8 bilion telah diperuntukkan untuk BKM yang memanfaatkan seramai 8.7 juta penerima bagi tahun 2022.

“Untuk BKM Fasa 4 pula, setiap penerima bakal menerima sehingga RM900 mengikut kategori kelayakan masing-masing dan ia merupakan bayaran akhir baki nilai yang sepatutnya diterima pada tahun ini,” katanya dalam kenyataan hari ini. Menurut Ismail Sabri, keputusan mempercepatkan pembayaran BKM Fasa 4 daripada Disember 2022 kepada November 2022 adalah bagi membantu penerima untuk menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula pada pertengahan bulan ini.

“Semakan status pembayaran boleh dibuat mulai 15 November ini dan maklumat lanjut berkaitan pembayaran boleh dirujuk di portal rasmi BKM melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my,” ujar beliau. Sumber, KOSMO! ONLINE. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

MB Selangor tampil umum 18 November sebagai cuti umum, ini sebabnya keputusan ini dibuat. Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari mengumumkan 18 November sebagai cuti umum untuk negeri itu. Menteri Besar Selangor Amirudin Shari mengisytiharkan 18 November sebagai cuti umum di negeri itu. Dalam sidang media pada Rabu, Amirudin berkata keputusan tersebut mengambil kira keesokan harinya (19 November) adalah hari pengundian pilihan raya umum ke-15 (PRU15). Tambahnya, keputusan ini juga dibuat memandangkan ramai rakyat Malaysia yang bekerja dan menetap di Selangor mengundi di kampung halaman mereka di negeri lain. Sumber, Mstar Online