Pada 31 Ogos lalu pasangan personaliti media sosial dan Youtuber, Alieff Irfan dan isteri, Bella dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu bayi kembar yang diberi nama Ayla Malaiqa dan Ayden Maleeq. Rumah tangga pasangan yang juga sering menjadi sorotan ramai di media sosial ini semakin bahagia dengan kehadiran bayi kembar mereka itu. Walau bagaimanapun, Bella atau nama sebenarnya Nur Nabilah Aliah menerusi sumber memberitahu bahawa dia dan suami buat masa ini memilih untuk belum lagi mendedahkan wajah anak mereka itu.
Bella dan suami juga tidak mahu bayi kembar mereka yang baru berusia dua bulan menerima komen negatif warganet. ‘Bella minta maaf sebab belum tunjuk lagi wajah anak kepada semua sebab saya ada perasaan takut dan ada axienty serta bipolar, dekat social media tak semua orang suka kita atau benci. ‘Kadang kadang orang benci kita tapi takut dia buat perkara buruk dekat anak pula, kalau ikutkan saya nak kongsi dan bukannya kedekut… kalau jumpa dekat luar pun untuk tengok anak Bella dan Alieff tak ada masalah.’ Katanya menerusi mStar.
Isteri kepada Alieff Irfan ini juga berkata biarlah bayi kembar mereka ini membesar dahulu dan akan mendedahkan kemudian. Dalam pada itu, Bella juga berharap keputusannya itu dihormati. Warganet di ruangan menerusi Instagram mStar bagaimanapun turut setuju dengan keputusannya pasangan berkenaan. Sumber, HCL. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.