Ada pihak yang kurang senang bila dia dalam bidang politik, tak boleh berdiam ini pula respon Eizlan Yusof

PELAKON yang juga merupakan calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) bagi Parlimen Sabak Bernam iaitu Datuk Seri Eizlan Yusof menjelaskan tiada beza antara kerjaya sebagai seorang artis dan wakil rakyat. Eizlan atau Idris Md Yusof, 51, berkata setiap pekerjaan mempunyai tanggungjawab dan memegang gelaran wakil rakyat pula perlu menyelesaikan permasalahan dan isu membabitkan masyarakat. “Apa bezanya kalau dia seorang doktor, peguam, guru, petani atau artis, bergelar YB (Yang Berhormat)? Paling penting, boleh bekerja untuk rakyat,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Eizlan menyedari pembabitannya dalam bidang politik ini turut mengundang rasa kurang senang segelintir pihak. Ini selepas dia menerima beberapa komen dan pandangan daripada masyarakat yang memandang rendah kebolehan golongan selebriti untuk menjadi seorang wakil rakyat. “Saya tahu, sehingga sekarang ada pihak mempertikaikan rakan-rakan artis yang bertanding dalam PRU15, kononnya artis tak layak jadi ahli parlimen. “Ada ketika kita kena buat sesuatu yang lebih besar untuk kebaikan semua orang. Saya jadi pelakon sebab itu minat saya tapi saya juga orang bekerja. Apabila diberi tanggungjawab, saya jalankan tugas seperti diamanahkan,” ujarnya.

Sebelum itu, Eizlan yang juga Penolong Pesuruhjaya Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam (APM) berkesempatan membuat kunjungan hormat ke Pejabat Daerah APM, Sabak Bernam. Dia mengambil kesempatan melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Mangsa Banjir di Dewan Bagan Nakhoda Omar, susulan kejadian banjir yang melanda di beberapa kawasan di Sungai Air Tawar, baru-baru ini. Untuk rekod, Parlimen Sabak Bernam bakal menyaksikan Eizlan bertembung dengan tiga lagi calon iaitu Shamsul Maarif Ismail (Parti Amanah Negara), Datuk Abd Rahman Bakri (Barisan Nasional) dan Kalam Salan (Perikatan Nasional). Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan diadakan pada Sabtu, 19 November. Kredit,

PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.