Sanggup belanja RM40k untuk mengundi di Muar, Datuk Radzi Mansor tampil dedah sesuatu

Seorang pengundi Malaysia sanggup membelanjakan RM40,000 semata-mata untuk pulang ke kampung halamannya di Muar, Johor dari Arab Saudi supaya dapat mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Lelaki itu adalah Datuk Radzi Mansor, 40 tahun berkata, beliau gembira kerana dapat kembali memilih Ahli Parlimen (MP) Muar pada PRU15 ini. Radzi, yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif A&M Berkat Travel & Tours Sdn. Bhd. dan pemilik Hotel Mekah R’Suites Di Arab Saudi pulang ke rumahnya di Jalan Ibrahim di Muar bersama bapanya Mansor Salim, 76 pada 30 Oktober 2022. Beliau turut berkongsi kepulangannya ke tanah air pada PRU15 ini juga bermakna beliau dapat menziarahi keluarga di Johor.

Bercakap kepada pemberita semasa membuang undi di pusat mengundi SMK Sri Muar hari ini, Radzi berkongsi, ”Apalah salahnya berhabis duit untuk menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat, lagipun pilihan raya umum hanya lima tahun sekali,” katanya kepada pemberita selepas mengundi di pusat pengundian Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Muar, di sini hari ini.

Radzi telah menetap di Arab Saudi sejak 14 tahun lalu dan akan pulang ke Malaysia pada Selasa bersama bapanya. Bercakap mengenai PRU15, beliau berharap pemimpin yang dipilih rakyat khususnya penduduk Muar dapat berkhidmat dengan ikhlas dan memajukan kawasan ini agar setanding dengan bandar-bandar di seluruh dunia. Sumber, Murai.my