Bukan biasa biasa kali ni Diana Danielle lancar lagu Bahasa Inggeris pertama

Diana Danielle terus mengorak langkah dalam bidang seni suara menerusi lagu Bahasa Inggeris pertamanya berjudul Shine On. Lagu ini membawa pesan pemerkasaan dalam mengatasi keraguan dan menepis segala rasa negatif yang datang. Diana mengambil inspirasi dari pengalaman peribadinya sendiri serta kisah-kisah mereka yang bersangkutan, yang pernah meragui harga diri masing-masing hanya kerana tanggapan orang lain atau keadaan sekeliling. “Kita semua pernah berada di situ, sama ada di sekolah, kerja ataupun perhubungan peribadi di mana kita dibuat untuk merasa seolah-olah kita tidak tahu apa yang terbaik untuk diri sendiri atau apa yang dilakukan tidak mencukupi.

“Ia satu senario yang ramai di antara kita perlu hadapi setiap hari dan melalui “Shine On”. “Saya hanya mahukan sebuah lagu yang sesiapa sahaja mendengarnya akan mengerti bahawa mereka tidak perlu rendahkan keyakinan diri mereka supaya orang di lain berasa selesa. Saya rasa ada kuasa tersendiri dalam menjadi seorang individu,” ujarnya. Bait lirik “Catching up with my better self, no one’s holding you back but yourself” yang membawa maksud ‘mengikuti kata hati sendiri, tiada siapa yang menghalang kecuali diri mu sendiri’ telah membantu membentuk video muzik lagu ini dengan menunjukkan perbezaan saat berada di satu tempat yang suram berbanding saat mendapat pencerahan melalui masa silam sukar yang pernah dilewati dalam hidup.

Pelancaran ini menandakan kesungguhan Diana sebagai seorang penyanyi dengan lebih banyak perancangan penghasilan muzik di masa hadapan. Sebelum ini Diana pernah ditampilkan dalam lagu Calum Scott berjudul “Heaven”, sewaktu dipilih khas untuk mewakili Malaysia semasa kolaborasi Calum di Asia Tenggara lewat Universal Music Malaysia dan sempat mendendangkan lagu itu sewaktu konsert Calum di Kuala Lumpur pada bulan Oktober. Sumber, https://www.mstar.com.my/

Diana Danielle tampil dedah tiktik rendah hidupnya hingga tak bersekolah selama setahun, Rupanya ini yang terjadi. Siapa tak kenal dengan pelakon cantik ini. Diana Danielle pernah mengalami masalah anoreksia nervosa. Setiap daripada kita pasti pernah berdepan masalah perubahan emosi secara mendadak selain fikiran menjadi celaru apabila timbul sesuatu masalah sehingga menggangu rutian harian. Perkara sama pernah dilalui pelakon dan penyanyi, Diana Danielle yang mendedahkan dia pernah mengalami gangguan emosi serta hilang keyakinan diri ketika zaman remajanya. Kata Diana, 30, emosinya pernah terganggu gara-gara ibu kesayangan jatuh sakit sekaligus membuatkan dia tidak dapat hadir ke sekolah selama setahun bagi menjaganya.

Terangnya lagi, “Mengimbau kembali waktu remaja adalah paling sukar. Ibu saya jatuh sakit, saya tidak bersekolah selama setahun kerana berpindah ke Pulau Pinang untuk merawatnya. Luahnya lagi, “Ibu saya mengalami tekanan sehingga emosi saya sendiri turut terganggu, saya takut kehilangannya,” katanya. Perkara itu dikongsikan Diana menerusi akaun Instagram miliknya bersempena pelancaran single terbaharunya berjudul Shine On yang mengetengahkan tema keyakinan diri. Bagaimanapun kata Diana, masalahnya tidak terhenti di situ apabila dia mengalami pula gangguan pemakanan iaitu anor3ksia nervosa. Katanya, selepas kembali bersekolah, dia berasa tidak yakin dengan dirinya sendiri dan sentiasa terganggu dengan berat badannya yang disifatkan tidak ideal.

Saya mula tak makan sebab nak turunkan berat badan, pakai krim kurus dan mengalami anoreksia.

Katanya lagi, “Selepas kembali semula ke sekolah, saya mula tidak suka dengan rupa saya. Saya rasa tiada siapa yang peduli kalau saya sedih atau gembira. “Saya mula tak makan sebab nak turunkan berat badan, pakai krim kurus dan mengalami anoreksia. Saya tak makan dan bandingkan diri dengan model-model dalam malajah. Semua tak jalan,” dedahnya. Enggan terus terperangkap dengan perasaan itu, Diana mengambil keputusan membuat perubahan dan berjuang memperbetulkan keadaan demi kebahagiaan diri sendiri. Kata Diana, meskipun titik rendah dalam hidupnya itu sudah lama berlalu namun ia menyedarkan dia tentang banyak perkara sehingga ke hari ini. “Rasa macam dah berjuta tahun berlalu tapi perkara itu banyak menyedarkan saya tentang siapa saya sekarang. “Saya terus berjuang dan tidak membenarkan hati beritahu yang saya tak cukup bagus,” jelasnya. Sumber, mstar