Ini yang Dr Amalina amalkan sepanjang penjagaan selepas bersalin, ini antara tips yang Dr Amalina kongsikan

Ramai sedia maklum bahawa Dr Amalina baru saja menimang cahaya mata sulung yang diberi nama Arabella Mia malah mampu untuk keluar bersiar-siar bersama anak perempuannya selepas seminggu bersalin.

Kongsi tips penjagaan lepas bersalin

Ekoran daripada itu, Dr Amalina berkongsikan tips penjagaan selepas bersalin yang diamalkan sendiri olehnya sebagai seorang doktor setelah mendapat pertanyaan orang ramai. Ujarnya lagi, dia hanya mengamalkan cara penjagaan yang disarankan oleh pakar osbstetrik dan juga amalan sendiri yang berdasarkan kajian saintifik.

Amalkan makanan seimbang, minum air kosong

Dr Amalina yang berkongsikan tips tersebut menerusi media sosialnya menjelaskan bahawa pemakanan yang sihat dan juga seimbang untuk seumur hidup sangat digalakkan dengan mengurangkan garam, gula serta minyak. Malah, para ibu juga digalakkan untuk minum air sebanyak 2 ke 3 liter sehari dan kurangkan minum minuman manis. Bukan itu saja, perbuatan mengangkat barang lebih berat dari bayi juga perlu dielakkan selama enam minggu.

Elak hubungan s.3ks, sokongan suami penting

Hubungan s.3ks bersama suami juga perlu dielakkan selagi darah lochia tidak berhenti atau sekurang-kurangnya enam minggu selepas bersalin. Dr Amalina turut menegaskan bahawa penjagaan kesihatan mental amat penting dan sokongan daripada suami sangat-sangat diperlukan untuk memudahkan urusan para ibu menguruskan kebajikan anak serta diri sendiri.

Tegasnya lagi, penjagaan itu seeloknya dilakukan seumur hidup dan bukan hanya untuk tempoh 44 hari selepas bersalin demi mendapatkan kesihatan yang berterusan. Sumber, Mstar & Dr Amalina