Semalam, Pilihan raya umum Malaysia 2022 secara rasmi telah diadakan pada 19 November 2022 untuk memilih anggota Dewan Rakyat di Parlimen Malaysia ke-15.
20 Juta Mengundi
Dijangka sebanyak 20 juta rakyat Malaysia mengundi dalam PRU15 bagi menentukan parti atau gabungan yang mendapat mandat membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu. Statistik keluar mengundi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) setakat 3 petang semalam mencatatkan jumlah 65 peratus.
Erma Fatima Sedih
Terbaru, Erma Fatima turut memuat naik satu video di Instagram miliknya mengenai peratusan gologan Melayu yang keluar mengundi semalam sejak jam 3 petang.
Tulisnya, dia berasa sangat sedih kerana setakat jam 3 petang semalam, peratusan yang hanya keluar mengundi dalam golongan Melayu adalah seramai 53 peratus sahaja.
Warganet Bersetuju
Tulis Erma tersebut telah mendapat pelbagai reaksi dari warganet. Warganet juga turut menzahirkan rasa kecewa dan pengalaman mereka sepanjang menghadiri sesi pengundian. Betul tu… Sedihnya.. Peratusan kita kalah degan Cina dan India.. Paling sedih, ada yang pergi kerja dan bercuti.
Yang ramai anak Cina muda-muda pagi dah turun pergi undi. Anak melayu asyik minta macam-macam, komplain macam-macam tapi undi tak nak. Melayu yang leka kemudian salahkan orang lain, bangsa lain. Melihat diruangan komen juga, ramai yang bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Erma dan ada juga yang mengharapkan akan ada perubahan pada masa akan datang. Sumber, Murai.my
Erma Fatima tampil bersuara soal isu hangat Datuk A Aida memilih rupa pelakon, Erma Fatima dakwa A Aida terlalu jujur
Memang tak asing lagi semua dengan isu ini. Nama penerbit terkenal, Datuk A.Aida masih lagi menjadi bualan ramai selepas mengeluarkan kenyataan bahawa mahu mencari bakat baharu yang kacak dan cantik untuk membintangi sesebuah filem mahupun drama.
“Kau Jujur Sangat…”
Terkini, pelakon dan pengarah terkenal, Erma Fatima sempat berseloroh terhadap Datuk A.Aida yang dikatakan terlalu jujur menyuarakan kehendak stesen televisyen dan penonton. “Kau @a_aidaproduction jujur sangat menyuarakan kehendak station dan penonton. Kelakarlah you ni. Cakap kena serupa bikin. Cer check ARTIS PILIHAN station you. #cek dah lama atas meja akauntan cakap. Makan tahun nak sign cek ke??”-Tulis Erma
Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV, Dato’ Adam Ilyas mahu mencadangkan agar pihak FINAS mengambil tindakan tegas terhadap A.Aida ekoran kenyataannya yang telah menimbulkan rasa kurang senang oleh ramai pihak. Tambahnya lagi, Adam turut menegaskan pihak Awesome TV tidak pernah mengamalkan sebarang diskriminasi sejak ditubuhkan dua tahun lalu. Sumber, murai
Umum memang semua kenali dengan individu ini. Berikutan isu rupa paras lebih penting daripada bakat yang diusulkan penerbit Datuk A. Aida beberapa minggu lalu masih mendapat reaksi pelbagai pihak. Tidak menafikan perkara tersebut, pemilik Zeel Production, Fadzil Teh atau lebih mesra disapa Haji Zeel mengakui itu menjadi salah satu faktor dalam aspek pemilihan pelakon.
Katanya lagi “Saya tidak kata setuju dengan A. Aida tapi itu hakikatnya. Satu dunia mahu tengok yang rupa paras elok, orang yang cantik. “Dari sudut lakonan kalau mereka ada usaha boleh digilap, tapi wajah tidak boleh,” ujarnya. Sebelum ini, kenyataan A. Aida yang mementingkan rupa paras untuk membintangi drama terbitannya menimbulkan rasa kurang senang ramai penggiat seni.
Malah, pelakon berbakat Amerul Affendi juga tidak bersetuju dengan kenyataan itu dan berpendapat Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang menawarkan kursus lakonan perlu ditutup. Dalam pada itu, Fadzil menambah, pemilihan pelakon dibuat berdasarkan persetujuan antara produksi dengan pihak stesen televisyen.
Katanya lagi, dia juga akan mengambil pelakon yang berpenampilan menarik sesuai dengan skrip yang dihasilkan untuk sesebuah karya terbitannya. “Saya selalu ambil pelakon mengikut skrip. Selalunya dalam skrip memang menggambarkan pelakon yang kacak dan cantik. “Setakat ini saya jarang dapat proposal yang mahu watak hero yang tak elok.
Semua watak mahu yang rupa paras kacak dan cantik. “Pada akhirnya stesen televisyen juga yang akan buat pilihan, kita hanya beri cadangan,” ujarnya. Fadzil berkata demikian ketika ditemui pada sidang akhbar drama Jesnita, di TGV Sunway Velocity, semalam.
Drama Jesnita yang diterbitkan oleh Zeel Production dibintangi oleh Intan Najuwa, Nasha Aziz, Yusuf Bahrin, Fikry Ibrahim dan Malek MacCrone. Drama 40 episod tersebut akan ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat bermula 7 November ini di Astro Prima. Sumber, KOSMO! ONLINE