Muat naik foto pakai skirt, kali ni giliran Lofa pula kena kritik dengan warganet pasal fesyen

Penghijrahan yang dilakukan oleh pelakon dan usahawan terkenal, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor telah mendapat respon baik daripada warganet malah penghijarahan tersebut sedikit sebanyak memberi inspirasi kepada wanita muslimah yang lain untuk berubah. Tak dinafikan, pelbagai fesyen menutup aurat yang digayakan usahawan berusia 33 tahun ini telah menjadi ikutan ramai para wanita muslimah namun baru-baru ini, pakaian yang diperagakan Neelofa dalam satu majlis terkemuka telah menarik perhatian netizen. Menerusi foto yang dimuat naik Neelofa di Instagram, memaparkan dirinya menggayakan pakaian berwarna hitam yang kelihatan agak singkat.

Meskipun menggayakan dengan kasut boot kulit dan tidak menampakkan aurat seperti warna kulit namun rata-rata warganet menganggap fesyen tersebut tidak sesuai dengan imejnya yang berniqab. Tidak kurang juga, ada dalam kalangan warganet menganggap pakaian tersebut terlalu menonjol dan berlebihan. Susulan daripada itu, rata-rata warganet mula mempersoalkan kenyataan yang pernah dikeluarkan Neelofa sebelum ini yang memaklumkan bahawa gaya dan penampilannya di khalayak selama ini sebenarnya mendapat keizinan suami, Pencetus Ummah (PU) Haris Ismail. Menurut mereka, wanita berniqab sepatutnya menggayakan pakaian yang simple dan tidak keterlaluan selain tidak memakai skirt yang singkat sehingga menampakkan bentuk kaki.

Komen Warganet,


Isu pemakaian kembali ditimbulkan, Neelofa kata suami ‘approve’ dulu setiap penampilannya. SELESAI isu dedah wajah anak, nama selebriti Neelofa kembali hangat diperkatakan apabila penampilannya yang berniqab kembali dipertikaian segelintir pihak. Tidak hanya itu, gaya dan fesyen pilihannya turut dikritik warganet apabila ada di antaranya dikatakan tidak bersesuaian dengan imejnya. Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 33, menjelaskan setiap gaya dan penampilan di khalayak sebenarnya mendapat keizinan suami, Pencetus Ummah (PU) Haris Ismail. Bekas pengacara program MeleTop ini memberitahu, kebiasaannya Haris akan membantu ‘meluluskan’ setiap penampilannya.

“Dialah yang tolong pinkan tudung belakang saya. “Yang tolong ikat baju, yang tolong luluskan setiap penampilan saya,” katanya. Setiap gaya dan penampilan di khalayak ramai mendapat keizinan suami. Neelofa berkata demikian menerusi Instagram Story miliknya.Selebriti ini mengakui masih banyak kelemahan diri. Dalam pada itu, peminat selebriti itu turut memohon orang ramai tidak lagi mempertikaikan penampilan Neelofa yang sentiasa tidak kena di mata warganet. Malah orang luar tidak perlu berasa bimbang dengan apa dipakai Neelofa kerna semuanya mendapat keizinan suaminya sendiri.

“Untuk yang sibuk cakap pakaian dan tudung Neelofa itu dan ini, tak perlulah risau sebab dia dah dapat keizinan suaminya,” tulis warganet. Meskipun sering dikritik masyarakat, Neelofa mengakui dirinya masih banyak kelemahan dan berharap agar orang ramai sentiasa mendoakan dirinya. Sumber, Neelofa. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.