Hafiz Suip nekad tarik diri dari Sfmm37, sekali ada individu ni pula yang bongkarkan sebabnya buat ramai tak sangka

Hasrat peminat untuk melihat Hafiz Suip di Separuh Akhir Muzik Muzik Ke-37 (SFMM37) tidak kesampaian apabila penyanyi itu memilih untuk menarik diri atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Memetik Harian Metro, pengurus penyanyi itu yang dikenali sebagai Am berkata dia juga agak sukar untuk menghubungi Hafiz ketika ini. “Saya kirim mesej WhatsApp kepada dia dan setakat ini masih belum dapat balasan lagi. Buat masa sekarang, dia sukar untuk dihubungi. “Memang kebetulan pada SFMM37 kali ini, Hafiz tak dapat ikut serta beraksi kerana urusan peribadi yang tidak dapat dielakkannya. Dia pun mohon maaf kepada peminat kerana tidak dapat menyanyikan lagunya yang dicalonkan itu,” katanya.

Susulan keputusan menarik diri itu, timbul spekulasi apabila ada warganet mendakwa Hafiz kini terlibat dalam aktiviti dakwah sehingga membuat keputusan untuk tidak beraksi di pentas SFMM37. Menerusi ruangan komen di Facebook Harian Metro, ada warganet mendakwa terlihat Hafiz bersama jemaah lain di sekitar Kemaman, Terengganu. Malah, ada warganet mendakwa penyanyi itu keluar berdakwah mengikut jemaah tabligh selama 40 hari. Dalam pada itu, rata-rata warganet mendoakan agar urusan penyanyi itu dipermudahkan. Hafiz sepatutnya berganding dengan Ernie Zakri untuk menyanyikan lagu duet, Berakhir Pencarianku. Namun, difahamkan ianya digantikan dengan penyanyi Ahmad Syafiq dan Wani Kayrie. Sumber, HMETRO ONLINE via ROTIKAYA

Hafiz Suip ada urusan peribadi yang sukar dielakkan. Penyanyi Hafiz Suip, 32, menarik diri dari pentas Separuh Akhir Muzik Muzik Ke-37 (SFMM37) pada hujung November ini kerana terikat dengan urusan peribadi yang penting dan tidak dapat dielakkannya. Pengurusnya yang dikenali sebagai Am berkata, dia selaku pengurus juga agak sukar untuk menghubungi Hafiz ketika ini. “Saya kirim mesej WhatsApp kepada dia dan setakat ini masih belum dapat balasan lagi. Buat masa sekarang, dia sukar untuk dihubungi. “Memang kebetulan pada SFMM37 kali ini, Hafiz tak dapat ikut serta beraksi kerana urusan peribadi yang tidak dapat dielakkannya. Dia pun mohon maaf kepada peminat kerana tidak dapat menyanyikan lagunya yang dicalonkan itu,” katanya kepada Harian Metro.

Hafiz sepatutnya berganding dengan Ernie Zakri untuk menyanyikan lagu duet, Berakhir Pencarianku. Am berkata, jika ada rezeki lagu itu layak dipilih bertanding di Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37) nanti, Hafiz mungkin akan ikut serta. “Cuma, sekarang untuk SFMM37, masa tidak kena. Terdahulu, berita Hafiz tarik diri dari SFMM37 dimaklumkan Nova Music (M) Sdn Bhd menerusi satu kenyataan. Disebabkan Hafiz yang tidak dapat memberi komitmen, Nova Music turut menggantikan tempat Hafiz dengan penyanyi, Ahmad Syafiq, manakala Ernie digantikan dengan Wani Kayrie. Berakhir Pencarianku dicipta Ikhwan Fatanna dan Wan Salleh. Sebanyak 30 lagu dipilih berentap di SFMM37 yang bakal berlangsung selama dua hari di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada 25 dan 26 November ini jam 3 petang.

PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.