Minta orang ramai mendoakan ibunya, Nora Ariffin tampil dedah keadaan terkini ibunya

Penyanyi Datuk Nora Ariffin meminta orang ramai agar mendoakan kesembuhan ibu tercinta, Datin Wan Azizah yang telah dimasukkan ke dalam wad sebuah hospital tempatan sejak enam hari lalu. Menerusi hantaran terkini di Instagram, Nora memaklumkan keadaan ibunya semakin uzur dan tidak memberi respon terhadap ubat yang diberikan pegawai perubatan.

“Hari ini hari ke enam, ubat-ubat tidak respon dengan baik. Ya Allah Ya Tuhanku. Maha pengasih dan penyayang, kau berikanlah kesembuhan pada ibuku yang sedang uzur. Kasihanilah dia sebagaimana dia mengasihani aku sewaktu kecil. Mohon sahabat-sahabat, orang-orang alim yang mengenali ibu saya mendoakan agar ibu kembali sihat. Saya masih sayang dan rindu ibu,” kongsinya.

Terdahulu, Nora turut berkongsi gambar keadaan ibunya yang terbaring di atas katil wad hospital sejak beberapa hari lalu. Sementara itu, di ruangan balas milik pelantun lagu Di Persimpangan Dilema itu dihujani doa dan kata-kata murni yang disampaikan oleh rakan selebriti serta peminat Nora.

Sumber, Gempak

Datin dah semakin uzur, kini Nora Ariffin tampil mohon doa dari orang ramai buat ibunya

Penyanyi, Nora Ariffin memohon orang ramai untuk mendoakan agar ibunya diberikan kesembuhan.

“Berikanlah Kesembuhan Untuk Bonda Tercinta…”

Nora menerusi hantaran yang dimuatnaik di Instagram, memaparkan ibunya sedang terlantar di atas katil di sebuah pusat perubatan di Selangor. “Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah kesembuhan untuk bonda tercinta Datin Wan Azizah yang semakin uzur. Mohon sahabat-sahabat doakan ibu saya.”-Tulis Nora.

Peminat & Artis Banjiri Ruangan Komen

Ruangan komen pelantun Hanya Satu ini dibanjiri dengan ruangan komen para peminat dan rakan artis seperti Ezlynn dan Raja Shah Rezza yang menitipkan doa buat ibunya diberikan kesembuhan dengan cepat. “Semoga Datin Cepat sembuh dan Ahli keluarga doberika kekuatan.”-Raja Shah Rezza.

“Aminnn  …Syafakillah buat bonda tercinta .”-Ezlynn Ariffin “Moga dikurniakan kesembuhan buat bondanya. “Semoga dipermudahkan perubatannya dan diberi kesembuhan buat ibunya.. Aamin..” Sumber, Murai.my

Nora Ariffin dedah permohonan anaknya masuk Universiti tak diterima, Nora sokong anak jadi penyanyi

Siapa tak kenal dengan penyanyi ini. Penyanyi, Datuk Nora Ariffin, 49, memberi restu kepada anaknya, Putri Dahlia untuk meneruskan kerjaya nyanyian selepas semua permohonannya untuk melanjutkan pengajian di universiti tidak berjaya. Menurut Nora, anaknya itu sangat berminat untuk menjadi guru bahasa Inggeris, namun dia reda rezeki untuk menyambung pengajian belum kesampaian.

Rezeki sambung belajar tak kesampaian

Sebenarnya dia bercita-cita nak jadi guru bahasa Inggeris memandangkan saya pun selalu baca kita kekurangan guru-guru bahasa Inggeris terutama sekali di luar bandar. Sebagai ibu, memang saya sokong bila dia memilih untuk menjadi pendidik kerana ia kerjaya yang sangat mulia. Namun, semua permohonan tidak berjaya. UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris), UiTM (Universiti Teknologi Mara), UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia), semua tak dapat. Mungkin tak ada rezeki, jangan putus asa. Mungkin kena cuba lagi.

Bakat arwah suami

Tambah Nora, anaknya itu mewarisi bakat suaminya, Allahyarham Johan Nawawi. Akhirnya Putri Dahlia fokus kepada nyanyian, mencipta lagu, tulis lirik dan terbitkan lagu. Persis Johan Nawawi. Sebagai ibu, saya hanya sokong dan berdoa agar anak yang banyak mewarisi bakat arwah Johan ini berjaya dunia dan akhirat. Insya-Allah. Setakat ini, Putri Dahlia aktif menghasilkan lagu Inggeris termasuk Set U Free, mi amor, Butterflies dan Old Love. Nyanyiannya juga mendapat perhatian dan sering tular di TikTok. Paling menarik, lagu Old Love nyanyiannya bersama Yuji mencatat 7.4 juta tontonan selepas dua bulan dimuat naik di YouTube. Sumber, mstar

Ramai Kritik Golongan Muda Ke Konsert Tak Solat, Sekali Nora Ariffin Tampil Ulas Isu Konsert Buat Ramai Terkejut. Memang tak asing lagi kita dengan isu hangat baru baru ini. Sejak awal tahun lalu, industri seni tanah air dilihat kembali rancak dengan penganjuran aktiviti-aktiviti seni termasuklah beberapa siri konsert yang melibatkan artis dari dalam dan luar negara. Aktiviti seperti ini dilihat sebagai ‘win-win situation’ buat para selebriti mahupun peminat selepas segala acara membabitkan industri seni terpaksa dihadkan berikutan fasa pandemik yang melanda negara selama lebih dua tahun. Bagaimanapun, penganjuran acara-acara seni ini tidak dapat lari daripada menerima kritikan daripada orang ramai

Ada yang beranggapan mereka yang hadir ke acara seni mahupun konsert ini akan mudah lalai dan mengabaikan tanggungjawab mereka lebih-lebih lagi bila melibatkan soal penjagaan solat sewaktu acara sedang berlangsung. Penyanyi senior, Datuk Nora Ariffin menyangkal dakwaan tersebut dan merasakan ia sebagai agak keterlaluan. Menurut Nora, tidak kiralah di mana kita berada, solat akan sentiasa menjadi perkara paling utama. “Maaf tak boleh pukul rata ye. Orang pergi konsert tak solat. Tak semenstinya. Malah yang duduk rumah pun tak solat. Sama-sama doa yang baik-baik. Wallahualam,” tulisnya.

Pandangan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Dipersimpangan Dilema itu menerusi sebuah hantaran di ruangan Instagram stories. Katanya lagi, sekiranya ada pihak yang meninggalkan solat, itu adalah disebabkan pilihan mereka sendiri. Lantaran, Nora menyeru kepada semua pihak untuk sentiasa bersangka baik dengan orang lain. Terdahulu, isu ini mula hangat diperkatakan selepas ramai pihak yang terkejut dengan keterujaan yang ditunjukkan oleh peminat yang hadir ke konsert penyanyi amtarabangsa, Billie Eilish kerana sanggup beratur sejak awal pagi untuk masuk ke dalam stadium.

Apapun, MH merasakan semua pihak kini sudah cukup dewasa untuk menilai segala tindak tanduk masing-masing sama ada baik mahupun buruk. Segala kemudahan sudah pun disediakan lebih-lebih lagi untuk menunaikan solat. Kini hanya berbalik kepada pilihan individu itu sendiri. Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini. Sumber, media hiburan