Hubungan cinta Janna Nick dan kekasih masih jadi tanya warganet, kali ni Janna kongsi foto terbaru jauh sendirian di Itali

SPEKULASI mengenai hubungan pelakon Janna Nick dan Dini Schatzmann terus bertiup kencang apatah lagi kedua-duanya masih mengunci mulut berhubung dakwaan sudah berpisah. Terbaharu, Janna atau Nurul Janna Muner, 27, berkongsi foto sedang berehat di bilik hotelnya dipercayai di Rome, Itali. Menerusi kapsyen gambar yang dimuat naik di Instagram, Janna memberitahu jika sesuatu perkara itu memusnahkan diri maka ia bukan cinta. “Jika itu memusnahkan kamu, itu bukan cinta,” tulisnya. Bagaimanapun, pelakon itu menutup ruang komen pada hantaran tersebut. Dalam pada itu, Janna turut berkongsi video dia sedang ‘healing’ sambil menikmati suasana tempat penginapannya.

Janna dilihat bersendirian di dalam bilik hotel tersebut sambil termenung membuang pandangan ke luar jendela sebelum terbaring di atas katil. Pelakon itu turut menggunakan lagu nyanyian Bebe Rexha berjudul Me, Myself & I bagi menggambarkan keadaannya ketika ini. Janna sebelum ini memberitahu pelakon Puteri Sarah yang terserempak dengannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mahu ke Eropah mencari ketenangan.

Bagaimanapun sehari selepas itu, kelibat Janna dan Dini muncul dalam video yang dikongsi pelakon Alvin Chong menerusi akaun TikTok miliknya memberi harapan bahawa pasangan itu masih bersama. Pasangan itu dilihat ceria menari bersama-sama mengikut rentak lagu terbaharu Alvin berjudul Mengapa Ku Rasa Terseksa. Pun begitu tidak dapat dipastikan bila Alvin merakamkan video berkenaan sebelum dikongsi ke laman sosial miliknya. Untuk rekod, Janna dan Dini mula menjalinkan hubungan cinta sejak Jun 2019. Kredit, mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.