Sudi berjumpa bekas isteri untuk selesaikan konflik yang tular, sekali ini yang Adam Shahz jelaskan

Adam mahu berjumpa Fatin. Enggan memanjangkan kemelut yang melanda, pelakon Adam Shahz memberitahu dia bersedia untuk bersemuka dengan bekas isterinya iaitu Fatin Afeefa. Adam atau nama sebenarnya Nor Shah Azli Abdol Ghani, 41, bagaimanapun berkata segala keputusan hasil perbincangan itu kelak haruslah dimeterai di mahkamah.

Adam sudah lama tidak bertemu anaknya.

“Sekarang ini nombor telefon saya sudah disekat dan sukar untuk berjumpa. Tetapi jika dia (Fatin) mahu bersemuka dan berbincang untuk selesaikan semua masalah saya amat terbuka. Segala keputusan perbincangan itu nanti haruslah berakhir di mahkamah. Saya sudah serik dengan janji selama ini. Selepas lima tahun berpisah asyik cakap mulut sahaja dan beginilah jadinya,” katanya.

Kontroversi membabitkan Adam dan Fatin kembali menjadi bualan ramai baru-baru ini apabila kedua-duanya dilihat berbalas kenyataan di laman sosial masing-masing. Fatin menerusi beberapa perkongsian mendkwa Adam gagal membayar tuntutan nfkah bulanan seperti yang telah ditetapkan selepas mereka berpisah pada 30 Mei 2017.

Sementara itu, Adam pula menafikan perkara tersebut dan memberitahu dia sudah lama tidak berjumpa dengan anak mereka kerana dihalang oleh Fatin.

“Saya tidak dapat menghubungi anak dan tak tahu bagaimana keadaan dia sekarang. Kalau saya serang atau terjah begitu sahaja takut nanti dikatakan menceroboh pula. Pastinya saya akan bawa hal ini ke mahkamah dan menuntut hak penjagaan anak. Saya mahu pertahankan hak saya dan bukan sekadar timbulkan provokasi,” ujarnya.

Saya sudah serik dengan janji selama ini. Selepas lima tahun berpisah asyik cakap mulut sahaja dan beginilah jadinya. Mengetahui banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh Fatin menerusi penceritaan orang sekeliling, Adam tidak dapat mengelak apabila sering dijadikan bahan kritikan warganet. Enggan melatah dengan kritikan tersebut, pelakon drama Juvana ini juga berharap Fatin tidak lagi membuka kisah lama mereka.

Gara-gara kenyataan Fatin, Adam sering jadi bahan kritikan warganet.

“Bila keadaan jadi begini, apa yang tidak best ialah saya sering jadi bahan kritikan. Biasalah… lelaki akan sering dipersalahkan. Orang ramai tidak tahu apa yang berlaku antara kami. Kalau melenting nanti, lagilah nampak saya yang salah. Sedangkan dia yang timbulkan cerita tentang nafkah dan tidak beri saya jumpa anak,” jelasnya.

Untuk rekod, Adam dan Fatin mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013 dan mereka mempunyai seorang anak perempuan iaitu Ivy Herra Sophia yang kini berusia 7 tahun. Sumber, Mstar Online