Isteri dedah keadaan terkini Zamani, sekali ini pula permintaan keluarga buat masa ni

Penyanyi Zamani Slam dilaporkan sudah sedarkan diri selepas 48 jam berada di bawah pemantauan doktor selepas menjalani operasi membetulkan tulang belakang melengkung akibat penyakit skoliosis pada Isnin lalu. Isteri Zamani, Nur Juliana Abd Rani berkata, suaminya itu bakal dipindahkan ke wad biasa selepas diletakkan di bawah pemantauan rapi pihak hospital. “Syukur Alhamdulillah berkat doa semua, Zamani sekarang sudah sedar dan berada di bawah pemantauan doktor di hospital. Insya Allah dalam proses untuk dipindahkan ke wad biasa,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Juliana memaklumkan buat masa ini pihak keluarga enggan menerima sebarang kunjungan tetamu yang ingin menziarah Zamani, 51, di hospital dan berharap semua pihak faham akan permintaan itu. Juliana memberitahu dia sekeluarga menghargai semua yang mengambil berat tentang keadaan suaminya namun meminta kenalan memberi ruang untuk suaminya berehat memandangkan Zamani masih dalam keadaan lemah. “Seperti mana semua tahu operasi dijalankan adalah besar maka mengambil masa untuk pulih. Atas nasihat doktor Zamani perlu banyak berehat supaya rawatan pemulihan berjalan lancar.

“Kami mohon maaf kerana tidak dapat menerima sebarang tetamu yang ingin melawat Zamani buat masa ini. Harap semua faham keadaan Zamani dan keluarga ketika ini. “Kami ucapkan ribuan terima kasih untuk doa dan ucapan selamat daripada semua dan terus mendoakan agar Zamani segera sembuh dan kembali sihat,” katanya. Untuk rekod, Zamani mula menghidap sakit tersebut sejak 2015 dan keadaan dilihat semakin teruk apabia badannya tidak boleh berdiri tengak ekoran tulang belakangnya melengkung.

Komen warganet:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber, mstar.com.my. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.