Kini Jaclyn Victor pula tampil bersuara soal isu kritik dari Damian Mikhail terhadap ahli kumpulan VE

Memang tak asing lagi semua dengan isu ini. Sebelum ini, Damian Mikhail dilihat lantang bersuara mengkritik kumpulan VE yang menyertai GV9 secara terbuka di media sosial. Malah Damian juga pernah mengatakan dia tidak bersetuju penglibatan penyanyi legenda dalam program realiti dan mengharapkan elaun mingguan selain diminta melakukan persembahan lari daripada gaya asal artis berkenaan.

Damian juga seoalah-olah mempersoalkan kredabiliti penyanyi yang bertaraf legenda yang terlibat dalam program realiti dan membuat persembahan lari dari ‘branding’ asal artis tersebut.

Lah Beri Komen Balas

Sementara itu, Lah sentiasa mengambil tahu tentang perkembangan terkini rakan-rakannya selain mendoakan yang terbaik buat VE yang masih bersaing di pentas Gegar Vaganza 9 (GV9). Lah Ahmad beranggapan tiada salah untuk bekas anggota kumpulan V.E iaitu Damian Mikhail memberi pendapat mengenai rakan seangkatan namun berharap biarlah komen itu membina bukannya mengkritik.

Menurut Lah, sebagai bekas ahli kumpulan V.E, Damian sepatutnya memberi sokongan dan mendoakan rakan-rakan yang masih berjuang di pentas Gegar Vaganza 9 (GV9).

Jaclyn Victor Bersetuju Dengan Lah

Pendapat yang disuarakan oleh Lah Ahmad tersebut mendapat sokongan dari ramai warganet dan golongan artis. Salah seorang daripadanya adalah perserta GV9, Jaclyn Victor. Saya pun sokong VE di Gegarvaganza. Mereka adalah bagus dan saya sangat menyukai mereka.

Menurut Jaclyn, dia bersetuju kumpulan VE berada di pentas GV9, malah Jaclyn juga menyatakan kumpulan ini merupakan kumpulan dan peserta yang bagus. Diruangan komen, rata-rata menyokong pendapat yang diberikan oleh Lah Ahmad dan Jaclyn, masing-masing menyatakan apa yang dinyatakan oleh kedua selebriti ini adalah bagus untuk menyokong industri muzik tanah air sendiri. Sumber, murai