Kini Lesti Kejora dan pasangan berpindah ke rumah sederhana, Ramai dakwa Lesti Kejora dan Rizky Billar alamai masalah kewangan

Umum ramai kenali pasangan negara jiran ini. Pasangan ini didakwa mengalami masalah kewangan. Pasangan selebriti sensasi Indonesia, Rizky Billar dan Lesti Kejora dilaporkan sedang mengalami masalah kewangan ekoran kurang mendapat tawaran gara-gara isu keganasan rumah tangga mereka baru-baru ini.

Berita mengenai masalah kewangan pasangan tersebut mula diperkatakan apabila merka didakwa sudah berpindah daripada rumah mewah ke kediaman bersaiz sederhana. Abang kepada Rizky iaitu Yudie Revan bagaimanapun tampil menyangkal dakwaan tersebut dan menjelaskan kewangan pasangan berkenaan stabil memandangkan mereka mempunyai perniagaan dan bukan bergantung kepada karier seni semata-mata.

Rizky Billar dan Lesti Kejora masih mendapat perhatian warganet sehingga kini

Katanya lagi, “Rizky mungkin tidak diterima untuk tampil di mana-mana program televisyen tetapi dia ada perniagaan sendiri. “Saya yakin adik saya mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk memberi nafkah kepada keluarganya,” katanya menerusi temu bual di saluran YouTube Intens Investigasi.

Sebelum ini, Rizky menjadi tumpuan ramai apabila didakwa memvkul Lesti sehingga memaksa pelakon itu membuat laporan polis berhubung keg4nasan rumah tangga. Bagaimanapun Lesti mengambil keputusan memaafkan suaminya dan menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap Rizky. Sumber, mstar

Memang tak asing lagi kita dengan isu rumah tangga pasangan selebriti negara jiran ini. Lesti Kejora dan Rizky Billar dikatakan bakal timang cahaya mata kedua. Pasangan selebriti Indonesia, Lesti Kejora dan Rizky Billar kembali mendapat perhatian selepas isu rumah tangga mereka hangat diperkatakan.

Memetik laporan Detik Hot, terbaharu Lesti dikatakan sedang hamil anak kedua selepas pasangan itu mengambil keputusan kembali berbaik dan melupakan kekecohan dalam perkahwinan mereka sebelum ini. Bagaimanapun, peguam yang mewakili Lesti iaitu Sandy Arifin enggan mengulas lebih lanjut mengenai dakwaan terbaharu berkenaan.

Lesti Kejora sedang hamil anak kedua

Malah Sandy hanya membalas dengan senyuman ketika ditanya soalan sama ada Lesti sedang hamil atau sebaliknya. Dalam pada itu, Sandy juga menegaskan bahawa masalah di antara Lesti dan juga suaminya, Rizky telah selesai. “Setiap hari saya hubungi dia dan semuanya baik. Dia juga memaklumkan dalam keadaan sihat dan baik-baik sahaja,” katanya.

Sementara itu, pengurus pasangan berkenaan dikenali sebagai Aril Lobster memaklumkan tidak mengetahui tentang berita gembira itu. “Saya tidak tahu tentang itu, kita doakan sahaja mereka,” ujarnya. Beberapa hari lalu, Lesti juga dilihat menemani Rizky bermain bola dan pasangan berkenaan dikatakan sedang cuba memperbaiki hubungan mereka.

Lesti dan Rizky bersama anak sulung mereka, Leslar

Untuk rekod, Rizky didakwa melakulan keg4nasan rumah tangga terhadap Lesti sehingga memaksanya membuat laporan polis. Insid3n itu turut membongkar pelbagai perkara lain tentang Rizky yang didakwa bersikap cvrang selain didakwa pernah bergelar seorang gig0lo dan menjalinkan hubungan s0ngsang. Bagaimanapun Lesti mengejutkan peminat apabila bertindak menarik balik laporan dibuat terhadap suaminya itu dan memutuskan untuk kembali berbaik. Sumber, mstar