Kini Zamani selamat jalani operasi tulang belakang, Isteri tampil ucap terima kasih pada peminat yang mendoakan

Umum memang ramai menanti dengan berita sakit Zamani ini. Isteri meluahkan rasa syukur Zamani selamat jalani operasi. Penyanyi zamani dilaporkan selamat menjalani operasi bagi membetulkan tulang belakangnya yang melengkung akibat sakit sk0liosis di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Isnin.

Isteri bekas anggota kumpulan Slam itu, Nur Juliana Abd Rani memaklumkan mengenai perkembangan terbaharu itu selain mengucapkan terima kasih atas doa peminat untuk kelancaran prosedur operasi berkenaan. “Syukur Alhamdulillah. Dengan izin Allah Abang Zamani selamat menjalani operasi sebentar tadi. Terima kasih atas doa-doa buatnya,” katanya.

Zamani sudah lama derita sakit tulang belakang.

Zamani, 51, dilaporkan menjalani operasi berkenaan selama dua jam setengah dan dijangka dibenarkan pulang ke rumah dalam tempoh beberapa hari akan datang. Berkongsi mengenai operasi itu sebelum ini, Zamani menjelaskan dia akan menjalani latihan fisioterapi dan tempoh pemulihan bergantung kepada tahap kekuatan antibodi dirinya.

Katanya lagi, “Menurut kata doktor saya boleh pulih dalam tempoh dua hingga enam minggu. Saya akan menjalani latihan fisioterapi. “Untuk kembali pulih mungkin ambil masa selama tiga bulan. ia bergantung pada kekuatan antibodi,” jelasnya dalam satu majlis doa selamat yang berlansung pada minggu lalu.

Untuk rekod Zamani mula mengh1dap sakit tersebut sejak 2015 dan keadaan dilihat semakin teruk apabila badannya tidak boleh berdiri tegak ekoran tulang belakangnya melengkung. Sumber, mstar