Mas Khan tampil beri penghormatan terakhir buat Allahyarhamah Syazlin Zainal, Mohon semua ambil berat keadaan orang sekeliling

Siapa tak kenal dengan pelakon kacak ini. Pelakon Mas Khan antara selebriti yang hadir untuk memberikan penghormatan terkahir kepada jasad pelakon Allahyarhamah Syazlin Zainal yang dikebVmikan di Tanah Perkuburan Islam, AU4, Taman Keramat pada Jumaat malam. Menerusi muat naik di IG Stories, Mas Khan sempat berkongsi sekeping gambar sewaktu berada di tanah perkuburan beserta ucapan ringkas yang dikirimkan untuk Allahyarhamah.

Katanya, “Ramainya orang yang hantar Alin (panggilan Syazlin), jealous Mas tengok. Mas belum tentu dapat macam Alin, ramai orang sayang Alin. Rehatlah ok. “Al-Fatihah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin,” kongsi Mas Khan.

Dalam pada itu, menerusi satu lagi hantaran lain pada entri sama, aktor berusia 28 tahun itu turut menegaskan orang ramai agar tidak membuat spekulasi sendiri mengenai punca pemergian Allahyarhamah Syazlin. “Kenyataan polis sudah dikeluarkan di Facebook, media pun dah kemaskini laporan di media sosial. Nak tahu jawapan baca sahaja kenyataan polis tersebut.

Luahnya lagi, “Saya harap jangan buat sebarang spekulasi tentang kenyataan berkenaan. Jangan sebarkan fitnah atas berita yang kita tak tahu kebenarannya. Saya tahu sebabnya. “Doa baik-baik sahaja untuk arwah. But please, ambil berat pasal orang disekeliling korang, support itu sangat penting,” ujarnya.

Terdahulu, polis melaporkan Allahyarhamah pergi disebabkan terjatuh daripada tingkat 22 sebuah pangsapuri di Taman Iskandar, Johor Bahru pada Khamis. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya mendapat panggilan daripada orang awam yang memaklumkan penemuan jasad seorang wanita di bahagian bawah pangsapuri berkenaan kira-kira pukul 12.50 tengah hari. Sumber, gempak