Ramai yang terkejut bila tengok muka sebenar Azira Shafinaz kalau tak mekap

Sebut sahaja nama pelakon dan penyanyi cantik, Azira Shafinaz pasti ramai mengenalinya terutama terlibat dengan spekulasi bercinta dengan aktor, Sharnaaz Ahmad. Bukan itu sahaja, bahkan penampilan mencolok mata juga menjadi perhatian ramai. Pun begitu, Azira yang juga ahli kumpulan De Fam enggan melayan semua gosip tersebut dan malas memberikan sebarang komen soal pemakaiannya yang mencolok mata.

Dia juga pernah memberitahu dia tidak mahu memberikan sebarang penjelasan mengenai isu imej mencolok mata kerana risau akan menimbulkan salah faham. Bagaimanapun, dia akui kesalahan sendiri kerana berpakaian sedemikian memandangkan persepsi setiap individu mengenai ‘sksi’ adalah berbeza. Terbaharu, Azira atau nama sebenarnya Azira Shafinaz Ramlan sekali lagi menjadi perhatian warganet apabila tular sebuah video yang dimuat naik oleh seseorang di laman TikTok. Tetapi, lain pula pada kali ini kerana bukan penampilan ‘mencolok mata’ menjadi bualan ramai, sebaliknya wajah sebenar yang ditunjukkan dalam video berkenaan membuatkan ramai terpaku dan terkedu buat seketika.

Menerusi video tersebut, peminat dapat melihat rupa sebenar pelakon filem Talbis Iblis itu tanpa secalit colekan ada pada wajahnya. Perkongsian itu membuatkan ramai terkejut dan menyangka kulit wajah Azira sama juga seperti kebanyakan wanita di luar sana sekiranya tanpa sebarang solekan.

Sumber, viral.my. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.