Akhirnya suami izinkan lepas bertahun minta izin, kali ni Mulan Jameela berjaya habiskan pengajian

Sejak kebelakangan ini, ramai di kalangan selebriti berjaya menamatkan pengajian masing-masing di peringkat Ijazah Sarjana Muda serta Sarjana. Kejayaan selebriti ini menggenggam segulung ijazah sememangnya memberi sumber inspirasi untuk para peminat mereka meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Baru-baru ini, pelantun suara Makhluk Tuhan Paling Sksi, Mulan Jameela berkongsi kejayaannya berjaya menamatkan pengajian di peringkat sarjana. Mulan merupakan graduan dari Universiti Nasional Republik Indonesia selepas empat tahun menjalani sesi pengajian.

Mulan Jameela memuat naik kegembiraan yang dilalui di laman media sosial miliknya yang menzahirkan rasa syukur dan gembira. Mulan juga turut mengimbas kembali usaha dan cabaran yang perlu di tempuhi sepanjang proses pembelajaran yang dilaluinya.
Majlis graduasi turut dihadiri oleh suaminya, Ahmad Dhani serta keempat-empat anak mereka. “Bertahun-tahun saya minta izin suami untuk menyambung pelajaran, akhirnya dapat keizinan pada tahun 2018. Saya mengambil masa untuk mencari universiti yang sesuai dengan jurusan pilihan. Akhirnya saya memilih untuk menjadi siswi Universiti Nasional Republik Indonesia.

Ini bukanlah pengalaman pertama buat Mulan Jameela, kerana sebelum ini dia pernah melanjutkan pelajaran di kolej seketika dahulu. Atas sebab yang tertentu, dia terpaksa menamatkan pengajiannya. “Saya meneruskan pengajian di peringkat sarjana setelah melalui pelbagai fasa dalam kehidupan. Sudah sekian lama tinggalkan kolej yang terdahulunya saya hanya menulis tesis sahaja.” katanya lagi. Tidak hanya itu, Mulan turut berkongsi kisah bagaimana dia perlu melalui kuliah secara dalam talian yang sememangnya agak asing buat dirinya pada peringkat permulaan. Namun dia berterima kasih buat anak-anak yang membantunya menjalani kelas secara alam maya dengan baik sehingga mampu memberikan hadiah terbaik untuk dirinya.

“Tidak dinafikan belajar secara online tidak mudah. Tapi itulah antara cabaran yang perlu saya lalui,” jelas Mulan lagi. Faktor usia bukanlah halangan untuk dirinya melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Mulan juga membuktikan bahawa tidak terlambat untuk seseorang mendapat pendidikan tinggi. Dia turut menitipkan rasa berterima kasih kepada keluarga yang sentiasa menjadi tulang belakang buatnya sepanjang proses menamatkan pengajian. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Sumber, Nona. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.