Nama pengacara program realiti Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Nabil Ahmad menjadi bualan ramai apabila dia dikatakan mengajuk penyanyi terkenal Indonesia, Raisa Andriana. Raisa yang terkenal dengan lagu berjudul Usai Sini dijemput hadir sebagai juri jemputan konsert minggu kelapan semalam. Dan, penyanyi berusia 32 tahun itu sememangnya selesa berkomunikasi dalam bahasa Inggeris sementelah fasih berbahasa ibundanya, Indonesia dalam kehidupan harian.
Bagaimanapun, tindakan Nabil Ahmad mengajuk Raisa dengan menggunakan bahasa Inggeris mengundang rasa kurang senang di kalangan warganet. Walaupun ia sekadar gurauan, namun ramai meluahkan ketidakpuasan hati apabila tindakan seorang yang bergelar ‘Haji’ membuat lawak dan membahan artis tersebut sehingga tercenggang kerana tidak tahu apa-apa yang sedang berlaku. Rata-rata warganet di Twitter memarahi Nabil kerana kerana mengajuk penyanyi berkenaan sehingga membuatkan air muka Raisa berubah menjadi lain selepas sedar dirinya menjadi bahan sindiran.
Sekadar info, ia merupakan pengalaman pertama Raisa dijemput hadir sebagai juri jemputan dalam pertandingan program hiburan di Malaysia, termasuk sepanjang tempoh penganjuran GV. Difahamkan, Raisa berada di Malaysia bersempena promosi konsertnya yang bakal berlangsung pada 20 November depan di Zepp Kuala Lumpur. Kredit, Oh My Media. PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Ramai yang tak tahu asal Nama Kak Lina Kepom, sekali ini pula respon win dari tuan badan. Nama selebriti seorang ini saban hari makin menjadi sebutan. Siapa sangka dari seorang penyanyi, Elly Mazlein mampu menghiburkan ramai selepas bergelar pelakon dan pengacara. Kehadirannya sebagai rakan pengacara Nabil Ahmad di pentas Gegar Vaganza mencetuskan satu fenomena cukup luar biasa. Semangat dan gelagatnya membuatkan penonton sangat terhibur dengan kehadirannya. Sering membahasakan dirinya Kak Lina Kepom, Kak Kepom atau Kak Lina Pom Pom, Elly Mazlein baru-baru ini mendedahkan mana asal gelaran tersebut. Ini kerana selebriti serba boleh tersebut telah ditanya mana datang asal nama Kak Lina Kepom oleh seorang penyampai radio yang dikenali sebagai Shah Gegar.
Berikut adalah jawapan Elly Mazlein selepas ditanya mengenai soalan asal nama Kak Lina Kepom yang ada padanya kini itu. Menerusi jawapan yang diberikan oleh Elly Mazlein, nama Kak Lina Kepom itu pada asalnya diberi gelaran oleh rakan-rakan baiknya. Pada masa itu dia adalah salah seorang peserta Gegar Vaganza. Pada asalnya gelaran diberikan ialah ‘Kak Lina Pom Meletop’. Namun entah bagaimana, lama kelamaan nama tersebut menjadi Kak Kepom atau Kak Lina Kepom. Begitulah jawapan yang diberikan bila ditanya mana datang asal nama gelaran tersebut. Di ruangan komen, rata-rata warganet tinggalkan reaksi mereka seperti berikut: “Sekarang dah jadi Kak Lina Kepom. Pom pom dah tertinggal”
Sumber, HCL. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.