Tular isu LRT, kini Nabil tampil beri bantuan buat ibu kurang upaya dan anak untuk ke sekolah

”Kita Yang Sempurna Belajar Bersyukur”- Tunggu Di LRT Awal Pagi, Nabil Bantu Ibu OKU & Anak Ke Sekolah

Lanjutan isu perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) tergendala yang dijangka sehingga 15 November ini, ‘3 Pagi ERA’ yang dikendalikan Nabil, Pak Azad dan Radin telah membantu rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan pengangkutan.

Pagi tadi Nabil Ahmad sendiri telah pergi ke LRT stesen Ara Damansara dan membantu Puan Uma, seorang ibu yang kurang keupayaan ccat penglihatan untuk menghantar anaknya berumur 7 tahun ke sekolah dan seterusnya Puan Uma sendiri ke tempat kerja di Persatuan Orang Buta Malaysia, Brickfields.

Menurut cerita yang dikongsikan kepada Era FM, ia merupakan rutin ibu dan anak itu setiap pagi menaiki pengangkutan awam berkenaan untuk hantar anak ke sekolah kemudian ke tempat kerja.

“Pagi ni Nabil tolong hantarkan Puan Uma dan anaknya. Puan Uma ni kurang upaya penglihatan dan setiap pagi selama 7 tahun dia akan menggunakan pengangkutan awam ke tempat kerja. Satu benda harini kitaorang belajar dengan Puan Uma, kita yang sempurna ni kena sentiasa belajar bersyukur dan kekurangan bukan penghalang untuk meneruskan kehidupan seharian,” tulisnya.

Perkongsian itu dibuat di akaun rasmi Era FM pagi tadi.

Nabil berada di kawan LRT itu sejak awal pagi hingga sekarang membantu rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan pengangkutan untuk ke destinasi mereka terutama ke tempat kerja. Terdahulu, Rapid KL perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya antara Stesen KLCC dan Kelana Jaya terpaksa dihentikan sekitar 3.30 petang Selasa lalu selepas laluan itu mengalami gngguan teknikal.

Susulan daripada itu sebanyak 16 stesen LRT laluan Kelana Jaya ditutup bermula Rabu sehingga 15 November depan. Gngguan perkhidmatan LRT itu melibatkan stesen Kelana Jaya, Taman Bahagia, Taman Paramount, Asia Jaya, Taman Jaya, Universiti, Kerinchi, Abdullah Hukum dan Bangsar. Selain itu, stesen LRT yang tidak beroperasi turut membabitkan stesen KL Sentral, Pasar Seni Masjid Jamek, Dang Wangi, Kampung Baru, KLCC, dan Ampang Park. Sumber, Gempak